IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) di seluruh dunia ditarafkan melalui THES (Times Higher Education Supplement), iaitu sisipan akhbar The Times, UK. Bagi penarafan terbaru (2006), UKM telah melonjak naik dalam penarafan tersebut meninggalkan UM bagi 200 universiti terbaik di dunia.
Penarafan atau ranking ini adalah berdasarkan kepada:
iPenilaian keserakanan (peer review) - 40 peratus
ii. Kekerapan kajian dirujuk (research citation) - 20 peratus
iii. Nisbah staf akademik dan pelajar (staff to student ratio) - 20 peratus
iv. Penilaian bakal majikan (recruiter review) - 10 peratus
v. Peratus staf akademik antarabangsa (international faculty) - 5 peratus
vi. Nisbah pelajar antarabangsa (international students ratio) - 5 peratus
Khabarnya KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) akan membuat penarafan dengan memasukkan ciri-ciri Malaysia bagi memberi ranking kepada IPTA.
Hmmmmm semua orang tahu bahawa hotel ditaraf melalui bintang. Syarikat penerbangan ditarafkan dengan pelbagai hadiah dan anugerah. Restoran juga ada kelas penarafannya.
Tidak lama lagi, mungkin akan ada penafaran terhadap kementerian-kementerian kerajaan pula agaknya.
p.s dulu semasa program Mawi-Ina (RTM & Astro) bersaing dengan Siti-Dato'K (TV3) ditarafkan dan TV3 menang, ada juga ura-ura pihak tertentu untuk menaraf semula dengan cara lain. :)
saya amat bersetuju jika ada penarafan peringkat kementerian. Kalau ada bagus kerana secara tidak langsung meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat tersebut, walaupun pernah baca melalui paper berkenaan UM, tapi penerangan yang Tuan MBA beri lebih mudah difahami. Thank you