Pages

Tuesday, October 10, 2006

HARI-HARI TUA MBA

MEMBACA blog Pokku perihal dia bersarapan pagi (breakfast) dengan bekas rakan-rakan sekerjanya, yang kini dah jadi rakan sepersaraan, maka MBA tak dapat bayangkan bagaimana agaknya hari-hari pencen yang bakan MBA tempuhi.

Seronokkah hidup sebagai seorang pesara?. Itu terpulang kepada individu rasanya. Seronok atau tidak itu terletak dalam diri individu sendiri. Jika tidak seronok di tempat kerja, boleh diminta tukar kerja. Namun oleh kerana rasa seronok atau tidak seronok tersebut berada dalam diri, ia akan ikut kemana diri tersebut pergi. Samada ke tempat kerja baru atau hatta pencen sekalipun. Ayuh!... seronok bekerja! supaya pencen juga seronok.

Ada seorang rakan MBA yang telah pencen (oops! bersara), memberi tahu ia berasa sungguh seronok hidup di alam pencen, kerana bangun pagi tidak lagi dibebani dengan perlu menghadap bos, perlu pergi meeting, perlu siapkan pelbagai kerja dan deadline. Namun..... keseronokan beliau hanya bertahan setakat 3 bulan sahaja. Selepas itu kebosanan yang menunggu di segenap penjuru kehidupannya. Bak kata SN A.Samad Said "segala perkara yang dihajat tapi tak dapat adalah kenikmatan yang paling padat".

Kembali kepada kehidupan semasa pencen, rasa-rasanya peluang untuk MBA menikmati breakfast seperti Pokku agak tipis..... Kat ofis ini lelakinya memang tak cukup korum :-)

7 comments:

  1. Anonymous8:56 AM

    Tuan MBA napa cepat sangat fikir "HARI-HARI TUA MBA" rasanya tuan lambat lagi nak bersara ;-))

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:39 PM

    Baru sambut birthday ke 47, sihat, segak, bergaya...jangan fikir pasal pencen (lambat lagi)

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:01 PM

    ;-))

    ReplyDelete
  4. Kakitangan Awam boleh pencen di usia 40

    ReplyDelete
  5. Apakan daya, bila tiba masa kena bersara gak... hehehe...
    tp MBA dah banyak menunjukkan contoh yang baik buat junior2. chaiyyok! BTW, thanks alot.

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:24 AM

    Apa pasai cakap hari tua ni, dah fed up dengan kerojo ker?

    ReplyDelete
  7. seseorang yg ingin berkahwin, tidak bermakna sudah fedup dengan kehidupan bujang ;-)

    ReplyDelete