MULA-MULA saya terima e-mel mengenai kekotoran di "kilang roti terkenal" di Nilai 3 diarah tutup kerana kilangnya kotor. Kemudian terima SMS yang tertulis lebih kurang begini: "jakim & ppim sahkan roti high 5 haram, harap sebarkan".
Macamana?. Nak percaya atau tak nak percaya?.
Mula-mula saya masuk ke laman jakim, tidak ada apa-apa. Sepatutnya jika berita ini benar, ia mesti disiarkan di laman rasmi ini. Laman ppim tidak dapat dimasuki kerana "busy" hingga saat ini. Cari-punya cari-punya cari, yang didapati ialah kilang jenama roti tersebut (di Shah Alam, bukan Nilai 3)telah tamat status halalnya pada 14 Ogos 2006. Itu sahajalah yang ada di laman jakim.
Nama :STANSON BAKERIES SDN BHD
Alamat :SILVER BIRD COMPLEX
LOT 72, PERSIARAN JUBLI PERAK SEKSYEN 21 40000 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri :Selangor DarulEhsan
No. Telefon :03-51922888
No. Fax :03-51922266
e-mail :tiada
Laman Web :tiada
No. Rujukan :JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 145-04/2004
Pegawai Rujukan :YOU HUI YEN
Produk:
Bil Produk Tarikh Tamat
1.HIGH 5 SANDWICH BREAD (ROTI SANDWIC BERMUTU HIGH 5) 14 August 2006
2.HIGH 5 THE ORIGINAL SUPER SANDWICH (ROTI SANDWIC BERMUTU HIGH 5) 14 August 2006
3.HIGH 5 WHOLEMEAL BREAD (ROTI BERSERAT TINGGI HIGH 5) 14 August 2006
Persoalannya: Berlambak-lambak roti high-5 dijual di kedai-kedai.
Dari Berita HArian 7 September 2006:
Kilang roti terkenal diarah tutup
NILAI: Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.
Arahan dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.
"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.
Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.
"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.
Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.
"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.
zar pernah melawat kilang roti hihg 5 ni, tak deler pulak kotornya. semua dari pembuatan, pembakaran, pembungkusan dibuat oleh mesin dan ada kuality kontrol..
ReplyDeleteHarian Metro pada 8 Oktober 2006 berkata:
ReplyDelete“Tiada apa yang perlu diragukan lagi.” Inilah jaminan diberikan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz berhubung status halal roti keluaran Silverbird Group Bhd (Silverbird) yang mencetuskan kontroversi kononnya menggunakan minyak babi dalam ramuannya baru baru ini.
Abu Hassan berkata, berdasarkan pengamatnnya secara peribadi disertai lawatan ke kilang dan rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tiada apa perlu diragukan mengenai status halal roti keluaran syarikat itu.
“Saya melawat kilang di Nilai (Negeri Sembilan) yang mana kontroversi ini bermula dan mendapati maklumat disebarkan melalui Internet dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar.
“Berikutan itu, kekeliruan ini dipercayai sengaja dicetuskan syarikat pesaing yang sangup menzalimi dan memfitnah, termasuk kononnya minyak babi digunakan dalam ramuan produk Silver Bird,”katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Silver Bird.
Setelah Kementerian Kesihatan Malaysia melawat kilang Silverbird, markah setinggi 93.8% telah diberikan kerana telah mencapai tahap kebersihan yang membanggakan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan semula sijil HALAL sepenuhnya untuk produk High5 berkuat kuasa pada 1hb Oktober 2006.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah membuat ujian terhadap minyak yang digunakan, Trennaktiv PR100 andalah 100% berasaskan sayuran, serta tidak mengandungi alkohol.
Saya sebagai pekerja di Silver Bird ingin menegaskan bahawa semua produk yang dikeluarkan dari Silver Bird adalah HALAL dan mencapai tahap kebersihan yang tinggi..Kesemua produk kami juga telah mengikut piawaian yang sepatutnya, melalui kaedah pengawalan mutu yang ketat bagi mencapai tahap mutu terbaik untuk pengguna.
Sekian terima kasih.
Consumer Careline
Silver Bird call 1800-88-4008
http://www.silverbird.com.my/press2.php?year=2006