Pages

Friday, September 08, 2006

PEREMPUAN KAKI CUKUR

SAYA berlegar-legar di pasar raya mencari pencukur. Terkejut beruk (jika binatang tu melihat saya) kehairanan. Sebahagian dari sudut cukur-mencukur telah diubah kepada sudut mencukur wanita. Alahai, perempuan, wanita, gadis, tak ada janggut, tak ada misai, tak ada sideburn (yang jadi kegilaan zaman kanak-kanak seangkatan dengan saya). Mereka juga tak cukur kepala. Lantas apa yang perempuan cukur?. Mereka cukur semua yang kaum lelaki cukur, tolak yang bulu-bulu yang tidak tumbuh (misai, janggut, sideburn) dan ditambah lagi dengan bulu kaki. Kini dah ada pencukur khusus untuk perempuan mencukur bulu kaki.

Tahu tak anda bahawa orang lelaki paling susah nak cari pencukur di pasaran?. Tiap kali nak pergi beli pencukur, setiap kali pulalah akan ditemui pencukur yang murah dan tidak ada bladenya atau murah tapi diberi dua keping saja blade. Ingat hati, esok-lusa blade ini akan sampai, tetapi yang sampai model baru pencukur lagi dengan harga murah lagi dan blade yang serasi belum juga tiba dan jika tibapun, harga blade berganda RM harganya. Itulah strategi bisnis.... mereka jual printer yang lebih murah dari harga toner (oops.... harga toner lebih mahal dari harga printer, walaupun semasa beli printer dapat dua toner percuma).

* Panduan untuk wanita yang belum pernah beli pencukur (lelaki): pencukur murah di sini bukan bermaksud 2-3 henggit, tapi 10-15 kali ganda dari itulah. Jika 2-3 henggit tu, habislah luka

** Tajuk di atas sepatutnya jadi perempuan cukur kaki.

2 comments:

  1. Anonymous5:21 PM

    hey, benar kah lelaki sukar mencari pencukur di pasaran,, kami pula wanita mmg mudah mencari pencukur,.., as you mention, dah ader market untuk shaver for women. and moreover, terdapat berbagai jenis pulak tu, hingga kadang2 menjadi keliru dan gusar dalam memilih.. huhu.
    neway, good luck yer, wahai 'lelaki kaki cukur' heh.

    ReplyDelete
  2. perempuan;

    1. lelaki beli pencukur dgn konsep 'menang membeli menang memakai'. Memang susah nak dapat skg. Mmg tak patut blade lbh mahal dr pencukur.

    2. saya suka komen perempuan ;-)

    ReplyDelete