KAMI akan bertolak ke Jepun pada 3 Ogos dan Insyaallah pada 6 Ogos akan berada di puncak gunung keramat Fujisan ini. Anggota ekspedisi seramai 20 orang ini mula 'berlatih' pada Ahad lepas. Mengikut perancangannya kami akan berlatih secara berkumpulan pada setiap Ahad sehingga ke hari penerbangan.
Sehingga kini, nampaknya program ini adalah yang paling berjaya yang pernah dianjurkan oleh myJICA. Sebabnya, seramai enam orang EXCO turut menghadirinya dan ia juga tidak memerlukan sebarang dana secara langsung daripada myJICA mahupun JICA. Kesemuanya ditanggung sendiri oleh peserta ataupun penaja mereka.
Macamana timbulnya idea untuk mendaki Fujisan atau Fijiyama ini?.
Pada tahun lepas, kami mengadakan program homestay di Nagoya, Jepun. Dari semasa ke semasa kami berjumpa, berkumpul dan berbual-bual. Hasil dari situ muncullah idea mendaki Mt. Fuji ini. Ramai peserta yang memberikan sokongan serta komitmen untuk menyertainya. Akhirnya pada bulan April 2006, sebutharga yang agak menarik dari Japan Airlines (JAL) diperolehi. Peserta minima yang diperlukan ialah seramai 15 orang. Dari sini saya mula menghubungi rakan-rakan, sahabat dan tidak dilupai bekas peserta homestay. Tarikh demi tarikh ditetapkan sebagai sasaran akhir, namun penyertaannya tidak juga rancak. Masih jauh untuk menepati bilangan peserta minima yang diperlukan. Pelbagai strategi dan promosi digunakan. Daripada 15 peserta homestay, ramai yang memberikan komitmen, namun hanya seorang sahaja yang mengesahkan penyertaan.
Akhirnya bilangan 20 peserta diperolehi dan latihan pertama berjaya diadakan. Walaupun ia cuma dihadiri oleh 10 orang sahaja, namun ia adalah kejayaan yang pertama.
berehat seketika sambil mendengar penerangan mengenai Fuji
Apakah persediaan lain yang diperlukan
Oh banyak sekali.... mental dan juga fizikal.
Kelulusan daripada KSU untuk keluar negeri masih belum diperolehi. Walaupun ia adalah merupapakan program peribadi dan perlu mengambil cuti rehat, namun kelulusan dari ketua jabatan untuk keluar negeri adalah suatu kemestian. Namun ia dijangka tidak akan terlalu sulit.
Selain daripada persediaan fizikal dari segi kecergasan, persediaan mengenai apa yang perlu dan sesuai dibawa juga agak memeningkan. Ogos adalah merupakan musim panas di Jepun, namun puncak Fujisan bersuhi di bawah sifar pada masa tersebut. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibawa:
- Kasut
Kasut mendaki yang baik. Bagaimana?. Yang ada besi? Yang ringan?. Yang bertapak mencengkam?. Ini paling mustahak, namun masih belum dibeli. Lihat dan tunggu.
RM300
- Seluar
Nasihat umum kata jangan pakai jeans, ia menyiksakan dan membataskan pergerakan. Nak pakai track-suite sahajakah?. Tak lembut sangatkah?. Dalam keadaan sejuk ada yang kata mesti pakai long-john. Yang pernah mendaki menghalangnya sama sekali sebab akan menyebabkan saluran darah tersekat, menyebabkan kejang (cramp). OK saya beli "hiking pants" ini:-
RM59.90
-Jaket
Dalam suhu di bawah sifar degree, walaupun hanya satu malam di puncak, perlulah bersedia dengan jaket yang sesuai. Ini juga dilema, nak yang betul-betul tebal atau sederhana atau yang relaks sahaja. Apa-apapun badan sendiri mau tanggung kan? Jika kita lihat gambar di Fujisan, ada yang pakai tebal ada yang selamba jer dengan seluar pendek. Akhirnya saya beli jaket (wind breaker) yang biasa sahaja dari Reject Shop.
RM39.90 (RejectShop)
-Stoking
Stoking @ sarung kaki yang bagus jangan dilupa
RM25.00
-Sarung Tangan
Sarung tangan ala kadar cukuplah....
RM40.00
* Banyak lagi yang perlu dibawa. Senarai barangan ini akan dikemaskini setalah ia dibeli nanti kay?. Nasib baik bag mendaki ditaja oleh JAL. Tidaklah pening sangat nak fikir beg sebesar mana yang perlu dibawa.
Selain daripada persediaan-pesediaan ini ada lagi perkara yang cukup merisaukan. Ianya bukan soalan samada saya boleh sampai di puncak atau tidak, tetapi masih ramai lagi yang masih belum melunaskan bayaran ni..... Risau tu!!!!.
6D Tokyo / Mt Fuji Adventure in Early August ‘2006
Day 01 KUALA LUMPUR / TOKYO
Overnight flight to Narita on Japan Airlines
JL 724 KUL / TYO 2250 / 0655
Day 02 TOKYO / LAKE KAWAGUCHI ( L,D )
You will be met and assisted at Narita International Airport.
We will drive along the Chuo Expressway to Mt Fuji. We will visit Hakone, famous for its hot spring resorts. Enjoy a motorboat ride on Lake Ashi. After lunch, we check in at Kawaguchi Seigaku Hotel. We will enjoy a traditional steamboat dinner at the hotel.
Accommodation: Kawaguchi Seigaku Hotel or similar class
Day 03 LAKE KAWAGUCHI / MT FUJI 5th Station ( B )
Breakfast at the hotel. We will proceed to the most beautiful Mountain – Mt Fuji 5th station ( altitude 2,305M above sea level ) this will be our starting point to conquer the peak ( altitude 3,776M above sea level ). Please have with you layered clothing, rain gear, sturdy shoes, warm gloves, hat, water, cup noodles/dried food, a flashlight , money (YEN), as well as personal medication. Our final destination for today will be at 8th station. We shall rest here for the night.
Accommodation: Mountain Hut
Day 04 MT FUJI 8th STATION TO PEAK 1OTH STATION –
Lavender or Sunflower Field – Asakusa Kannon Temple – Ginza – Ikebukuro ( L )
Before day break ( approx. 0400HRS ), we shall start to make our way to the peak at about 0100HRS. We will want to catch the su-rise and have photos be taken at the peak. After which, lets walk CAREFULLY round the crate of the peak ( if weather permits ). After enjoying the scenery, we shall descend from Mt Fuji. Next lets visit Lavender OR Sunflower Field ( subject to availability – the seasons of the blooming )
Next, we will head for the famous and oldest temple in Tokyo – Asakusa Kannon Temple. Lets shop for some Japanese souvenirs at Nakamise Shopping Arcade. We will also visit the street of shops located about 5 minutes away from the temple ( near ROX Shopping Centre ) and experience the ambience around this old street which still have shops that sell traditional Japanese items. In the late afternoon, we shall visit the famous Ginza district, a high class shopping area. Later, we will also shop at Ikebukuro.
Accommodation: Hotel Sunshine City Prince or similar class.
Day 05 SHINJUKU – Free & Easy - * Optional Tour ( B )
Breakafst at hotel. We shall travel to Shinjuku and have a feel of Tokyo’s Business District. Shinjuku is also known as a shopping Paradise. The rest of the day is free and easy for your explore Tokyo City.
• Optional Tour to Disneyland or DisneySea can be arrange.
Accommodation: Narita Excel Hotel or similar class.
Day 06 NARITA / KUALA LUMPUR ( B )
Free at own leisure after breakfast till time to transfer to airport.
JL 723 TYO / KUL 1225 / 1835
Twin Sharing per pax :
Hmm... Tempting... Tempting...
ReplyDeleteWah MBA, bestnya dapat pergi Jepun... Nak ikut leh?
ReplyDeleteanon: Kan dah offer dah? saja jer jual mahal....
ReplyDelete