Pages

Friday, September 21, 2018

JOM BERSENAM ...



 Tiba di HPj jam 6.50am. Kaunter orang pencen, OKU, Warga emas sudah penuh. Kerusi berbaris dah hampir melimpah keluar. Saya ambil keputusan duduk sahaja menunggu kaunter nombor dibuka. Dapat No.10



Sambil menunggu nombor naik, saya baca buku Perempuan Nan Berlari. Recomended ;ah bagib sesiapa yang ingin tahu mengenai Jepun, Kopi dan berlari.


Hasil tiumbangan dan tekanan darah ...... Ubah sudah ambil (hari ini belum telan ubat). Makan berpantang.... cuma BERSENAM sahaja yang belum. Next step, mesti bersenam jika masu sihat ya...



Selepas jumpa doktor, bacaan Uric Acids sangat bagus..... sudah below target.Namun bnos kepada doktor kata, kita lihat ampat bulan lagi.... baru kita reduce ubat.... Sabor ajalah.


Monday, September 17, 2018

ADAT PERTUNANGAN, PERKAHWINAN ORANG KELANTAN

SAYA tulis dan salin adat Merisik, Bertunang, Berkahwin, Sambut Menantu dan bekwoh orang Kelantan ini bukan sebab saya mahu cari mertua dari Kelantan. Akan tetapi saya akan berbesan dengan orang Kelantan. Kini dalam proses untuk meminang...

Saya salin dari sumber lain:-

Adat sebelum nikah:
1) Merisik
Dikatakan tidak berbeza dengan apa yang diamalkan di negeri-negeri lain.
Wakil keluarga si lelaki atau pihak ketiga yang ‘ ditugaskan ‘ oleh pihak lelaki, akan mengadakan lawatan ke rumah keluarga si perempuan.
Sekiranya ”line clear“, adakalanya pihak lelaki akan menghadiahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda ”pre-booking”
Seterusnya, acara meminang (booking) akan menyusul.
2) Meminang (Bertunang)
Biasanya orang Kelantan tidak menekankan pertunangan. Kebiasanya mereka ini akan terus berkahwin ataupun bertunang hari ini, esok kahwin. Sebab tak baik simpan lama-lama
Tetapi bukan bermakna tiada atau ianya sesuatu yang asing. Bahkan sekarang, saya lihat makin ramai yang nak bertunang dahulu, malah semakin gah, lengkap dengan hiasan ala ala pelamin.
Yang pasti, majoriti majlis pertunangan di Kelantan adalah biasa-biasa sahaja, dan yang boleh dikatakan noteworthy adalah pada hadiah pertunangan di mana orang Kelantan lebih mengutamakan barangan berbanding pemberian makanan yang diamalkan di sesetengah negeri-negeri lain khususnya di sebelah Utara.
3) Pernikahan
Bagi orang Kelantan, hantaran akan diangkat dalam akad nikah bersekali dengan mas kahwin yang telah ditetapkan nilainya mengikut negeri.
Hantaran bagi orang Kelantan adalah hak milik si pengantin perempuan dan tidak boleh disentuh sama sekali sebagai “Belanja Kahwin” melainkan mendapat persetujuan si pengantin perempuan.
Pendek kata, ”belanja kahwin” lain cerita.
Adat selepas nikah:
Adalah menjadi kebiasaan di Kelantan, bagi perbelanjaan baekwoh (belanja kahwin) di pihak pengantin perempuan tidak ditanggung sepenuhnya (atau kesemuanya) oleh pihak pengantin lelaki.
Tiada ketetapan seperti yang biasa diamalkan di luar Kelantan di mana pihak lelaki semestinya menanggung kenduri di sebelah pengantin perempuan tetapi sebaliknya tidak berlaku bagi kenduri sebelah pengantin lelaki.
Sebaliknya ”Belanja Kahwin: di Kelantan di ”cover” dengan tatacara berikut:
1) Mengaellae / Ngaellae
Tetamu datang dengan membawa duit hadiah atau duit ngaellae, kata orang Kelantan) dengan menghulurkan terus kepada ibu atau bapa pengantin.
Jumlah yang rasmi tidak ditetapkan tetapi pemberian antara RM10 sehingga RM50 adalah paling biasa diamalkan. Bawah daripada jumlah biasa tersebut, biasanya orang malu nak hulur atau tak akan hulur.
Niat ngaellae ini dapat diketahui dengan terang dan jelas melalui perkataan “Walimatul Urus” atau “Majlis Perkahwinan” pada kad jemputan.
2) Ngaellae Baessae
Bisan saling memberikan duit belanja kahwin berdasarkan jumlah kepala tetamu yang pihak masing-masing ingin jemput.
Contohnya, majlis kahwin diadakan di pihak lelaki, ibu bapa pihak perempuan mahu menjemput 100 orang dari kalangan kenalannya ke majlis pihak lelaki itu, atas kos RM15 sekepala. Maka, dia akan beri RM1,500 belanja kahwin kepada pihak lelaki atas nama ngellae baessae.
Dalam erti kata mudah, masing-masing saling menanggung kos majlis kahwin di kedua-dua belah pihak.
3) Majlis Kesyukuran
Tetamu dijemput datang untuk dijamu dan diraikan sahaja.
Duit ngaellae tidak diharapkan bahkan adakalanya menjadi ”taboo” jika dihulur. Sekiranya terhulur juga, tuan rumah akan menolak dengan sopan, dengan ayat seperti,
Tiada ketetapan siapa yang perlu menanggung kos majlis. Biasanya ditanggung oleh ibu bapa (jika kaya raya) atau pengantin atau kedua-dua, hanya di pihak yang ingin mengadakan majlis. Mudah kata, pihak lelaki tanggung sendiri majlis di pihak lelaki, dan begitulah sebaliknya di pihak perempuan (jika dia mahu adakan kesyukuran dan bukan ngaellae).
Namun demikian, adalah sopan jika tetamu datang dengan membawa hadiah berupa barangan kepada pengantin dan bukannya berlenggang dengan tangan kosong. Kalau di kampung-kampung, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan gula, susu pekat manis atau beras segantang.
Niat ”kesyukuran” ini dapat dibaca dari perkataan ”Majlis Kesyukuran” yang tertera pada kad jemputan.
Saya dapati trend Majlis Kesyukuran semakin popular di Kelantan pada masa sekarang, tidak kira di pihak lelaki mahupun perempuan.
4) Ngennar
Terbitan dari perkataan ”memperkenal“.
Keluarga pengantin akan mengumumkan, semasa majlis kenduri berlangsung, kepada sekalian tetamu untuk masuk bertemu, bersua muka dan berkenalan dengan pengantin.
Semasa masing-masing bersalam dengan pengantin, sampul berisi wang akan diselitkan ke tangan pengantin, dan wang tersebut adalah bagi maksud perbelanjaan kenduri kahwin berkenaan dan biasanya bukan bagi simpanan peribadi pengantin.
Kesimpulan
Adat perkahwinan orang Kelantan boleh disimpulkan:
1) Demi memudahkan
Mengutamakan kelancaran proses nikah kahwin itu sendiri dengan niat bagi memudahkan dan menggalakkan orang bernikah kahwin selain turut bertujuan menjaga hubungan antara pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.
2) Bukan untuk dijual
Tidak mahu mewujudkan sangkaan ”jual mahal” atau ”jual anak“. Bagi orang Kelantan, kedua-dua pihak dilihat perlu saling berkorban, yakni saling rugi dan saling untung, demi ‘mendirikan masjid‘.
3) ”Awae, carghi orghae Kelate lah!“
Peningkatan orang Kelantan yang berkahwin dengan orang luar menyebabkan berlakunya pertembungan budaya yang tidak kurang malah sering juga mencetuskan keresahan di pihak Orghae Kelaté, khususnya bagi kaum lelaki, sehingga menyebabkan ayat berikut menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa di Kelantan pada masa kini.
Diulangi, apa yang saya nyatakan di sini hanyalah dari tinjauan, pemantauan dan temubual sendiri sahaja.
Sumber: Kai-epy-serizawa

update:
1. Selepas bertunang nanti, saya kemaskini ya ... 

Monday, September 10, 2018

CUTI PANJANG: STAF SUKA, MAJIKAN DUKA

SEKARANG sedang cuti panjang. Cuti bersambung-sambung. Inilah peluang bagi pekerja untuk berehat, balik kampung, pergi berkelah dan sebagainya.

Staf memang suka bila cuti, namun majikan tentulah tidak suka, sebab bila staf bercuti, gaji tetap berjalan tetapi produktiviti adalah sifar. Jika bayar gaji hari atau ikut jam pun, majikan masih tidak gemar apabila staf cuti. Sebabnya banyak kerja yang perlu disiapkan.

Begitu jugalah halnya dengan saya. Hari cuti pun saya datang ke ofis @kedai untuk buat kerja.

Staf atau pelatih yang ada, semuanya tidak mahu datang kerja walaupun diberikan imbuhan lumayan mengikut jam semasa cuti. Ini sangat memeranjatkan saya. Rupa-rupanya "tidur" lebih berharga daripada duit atau ilmu bagi generasi muda sekarang.

Masa saya muda dahulu, di tahun 1983, saya minta bos saya untuk datang kerja pada hari Ahad (hari Sabtu memang hari kerja). Sebabnya ialah kerana bos saya datang kerja pada hari Ahad, tetapi lebih santai dan dia ada banyak masa. Jadi bolehlah saya tanya itu-ini dan belajar serba sedikit dari beliau. Beliau setuju supaya saya datang hari Ahad jika inginkan beliau beri serba sedikit tunjuk ajar.

Berbeza sungguh generasi dulu dan sekarang.

Wednesday, June 27, 2018

BUAT BISNES

HARI ini, seperti biasanya, saya seorang sahaja di ofis.

Dua orang staf membawa truk buku ke sekolah di KL.
Seorang staf pergi berniaga di Johor. Selepas itu terus ke Raub.

Di ofis, saya uruskan jualan online. Di samping itu melayan pertanyaan dan permintaan guru-guru yang berminat untuk menjemput MBC ke sekolah mereka.

Sesekali rasa mengantuk. Sesekali rasa lapar. NAk balik rumah pun, sebenarnya saya tunggu posmen dari Pos Laju yang sejak semalam tidak datang ambil parcel. Susah juga ON dan OFF petugas Pos Laju ini. Kita nak laju, dia buat dono saja.

OK.... saya nak kongsi rangkap menarik mengenai bisnes daripada rakan FB, tuan Norizan Bin Sharif

Bisnes ni mudah saja.
1. Tingkatkan pendapatan.
2. Kalau tak dapat tingkatkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan.
3. Kalau perlu potong, potong. Kalau perlu buang, buang.
4. Ada benda cepat dapat hasil, ada benda lambat dapat hasil.
5. Kalau lambat dapat hasil, sediakan modal banyak sikit.
6. Kalau cepat dapat hasil, usah boros. Simpan untuk musim kemarau.
7. Kita buat bisnes, kita tahu sakit-demam sendiri. Cakap orang lain kita dengar sajalah.
8. Orang pandai cakap bisnes belum tentu pandai buat bisnes.
9. Dengar cakap semua orang. Nak buat, pilih-pilih.
10. Apabila berjaya, kongsilah di Facebook. Kalau gagal, rawatlah luka sendiri.
11. Kalau jatuh, bangun.

Monday, May 21, 2018

SEJARAH BERULANG DAN BERULANG DAN TERUS BERULANG

DULU masa saya lepas grad dan dapat kerja di jabatan Telekom. Kemudian berhenti untuk sambung belajar. Kemudian kerja di JKR. Lepas itu JPA. Lepas itu di JPJ. Kemudian sambung belajar lagi di UK. Balik UK saya kerja di AG. Lepas itu di Hospital Selayang. Kemudian di MITI. Lepas itu di KKM dan akhirnya di MAMPU sebelum bersara pilihan.

Dalam banyak-banyak tempat kerja saya, arwah ayah hanya ingat saya kerja di JPJ sahaja. Barangkali JPJ agak glamor di kalangan orang kampung berbanding dengan yang lain. Oh ya, ayah meninggal semasa saya kerja di XYBASE, ia itu sebuah syarikat ICT yang mana saya dipinjamkan oleh MOF selama dua tahun di situ.

Ada satu ketika itu, ayah bawa bos dia jumpa saya. Sebabnya pegawai itu minta kerja dengan JPJ, sebagai penguatkuasa. Dia mahu saya rekomen supaya dia dapat kerja itu. Saya tanya, sudah jadi pegawai di MARDI, mengapa mahu kerja JPJ?. Ting-tong-ting-tong dia kata tempat kerja sekarang tidak ada sumber pendapatan luar. Jika di JPJ banyak boleh buat income. Saya kata baiklah dan minta dia balik. Saya buang semua surat-surat dia dan delete semua dari memori. Awal-awal lagi sudah mahu rasuah.

KINI anak-anak saya sudah kerja. Sejujurnya saya tidak tahupun apa naka pekerjaan mereka dan tempat kerja mereka. Bidang kerja sekarang terlalu canggih untuk diketahui bagi "baby boomer" seperti saya.


Sunday, April 08, 2018

MAKAN GAJI DAN NAIK GAJI

SELAMA 30 tahun saya makan gaji. Memang lumayan. Cukup bulan dapat gaji, tidak kira buat kerja rajin atau malas. Lagi banyak cuti lagi bagus. Hujung tahun ada kenaikan gaji. Itu yang ditunggu-tunggu.

Kini saya kerja sendiri. Ada sales ada pendapatan, bukan gaji. Ada beberapa orang staf untuk membantu. Ada sales, cukuplah untuk bayar gaji staf dan apa-apa keperluan pejabat. Gaji saya sendiri memang tidak ada.

Sekarang, bila ada holiday, saya tidak suka, sebab produktiviti menurun. Ya lah sebagai majikan, begitulah.

Baru lagi diperkenalkan gaji minima RM900. Lepas itu naik RM1000, kemudian hendak dinaikkan lagi kepada RM2,500 pula. Elaun latihan dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pun dinaikkan ke RM1000 juga. Saya sangat setuju sekiranya kerajaan salurkan wang gaji dan elaun ini kepada majikan (seperti saya). Jika tidak, bagaimana majikan boleh bayar gaji minima RM2,500 itu?. Mana ada projek?. Mana ada sales?.

HEBATKAN BEGARAKU !!!