Pages

Monday, December 12, 2016

CLOSING SPEECH

1. Semasa berkemas-kemas fail, saya terjumpa fail ucapan penutup saya semasa berkursus di Jepun.


2. Kursus dua bulan setengah sahaja, tetapi diberi peluang berucap mewakili peserta kursus dari beberapa buah negara.

3. Semasa hari-hari terakhir saya setelah 30 tahun dalam kerajaan, saya sediakanlah deraf ucapan, namun tidak diberikan peluang tersebut. Apa perasaan anda?.


---

DP Division Manager Course Closing Ceremony Speech


Thank you  Itoyama-san

Sasaki-san ( MD of OIC ) Tsuji –san ( Deputy Director )
Tsujimura-san ( NTT Human Development Center )
Hasegawa-san  (Computer Course Director )
Nakasone-san ( Urasoe city hall )
Invited guest
OIC Staff, NTT staff, Fujitsu Staff
Ladies and gentlement

Good Afternoon and thank you for attending our function today.

Ten weeks ago we gathered here for the opening ceremony of the DP Division Manager and Sugarcane course.  Today we meet again at the same place but different function.  With the attendance of each and everyone of you, we have now reached to the end of our course:
DP Division Manager and Telecommunication Engineering for the Island region.

Since our arrival in Okinawa and OIC until now,  we have learned and achieved a lot.  We have a wonderful lectures discussions presentations hands-on exercises,  case study and workshops in Data Processing field.  Apart from the technical and formal class, we also have learned Nihongo,
visited a couple of company nearby, participated in international exchange programme with local communities and not to forget the memorable and enjoyable observation tour to the mainland Japan.

Throughout our stay in OIC also,  we have participated in many events such as tea ceremony, ikebana, homestay and home visits, various games and sports, parties, trip to islands and more.

From all over the world we come here in Okinawa to learn from the best, strugling to be better managers,  Also to promote understanding, friendship and cooperation between us, our countries and Japan.  With the technical expertise and facilities that OIC have also the cooperation given by all parties, all objectives have been met.

We are among the lucky people selected from all over the world to represent our country in OIC,
Okinawa and Japan.  Thanks to JICA and Japan government.

Special thanks to all OIC staff,  instructors, coordinators and to everyone who contribute directly or indirectly on their own capacity to the success of DP Manager Class 1999.

Last but not least,  I would like to take this opportunity to thanks my wonderful classmates. I believe we have learned a lot from each other.  I hope we will still keep in touch upon return to your home country.  Please join JICA Alumni in your country and keep in touch with JICA activities.

To end my speech I would like to read untitled poem umcompleted to be share.




DP Division Manager 1999


Okinawa, island of the hibiscus
Strong typhoon really scared us

Our stay in OIC
Short sweet and juicy

Our class in DP manager
Will always be remember

Two months may be shorter
However we are managers
So we are so special
Coordinated by four  coordinators

Miyagi-san in the beginning
Gushi-san during the planning
Tokumori-san for the touring
Yakabi-san the ever lasting

Yamamoto-san always smile, cool and never anger
Yamada-san sub-course leader
Both of you manage us the managers
Not forgetable Hasegawa-san course director
Itoyama-san the training officer

Tonight is our last
Time gone very fast
Hope to stay here everlast
But many task waiting us

Live here will become me the past
Sayonara is hardly  to discuss
My be jamata just for us
If God permit us
Meet again between catches……..

To all kenshuin
JICA Alumni to join
Wish to meet again next time

This is the time to remenber
We all are managers
Either now or in the near future
But…..hopefuly not forever
Tomorrow may become director

Domo arigato gozaimasu ta.


Friday, December 09, 2016

JUSA - Pengenalan

JUSA

JUSA ialah singkatan kepada Jawatan Utama Sektor Awam, ia itu gred pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam. Secara gurauannya JUSA dipanggil Jutawan Sektor Awam. Buku ini adalah memoir saya dari Tingkatan Biasa ke JUSA C. Ia itu pengalaman selama 30 tahun dalam perhidmatan awam. Saya hanya menulis cerita saya dan bukan memberi panduan bagaimana menuju ke gred JUSA.

Anak atau cucu kita yang masih bersekolah rendah barangkali sudah tahu mengenai cita-cita mereka. Maksudnya bukan sekadar untuk ditulis dalam buku laporan, tetapi memang cita-cita sebenar mereka. Semasa di sekolah rendah, saya memberi tahu cikgu cita-cita saya ialah untuk menjadi polis, guru dan posmen. Cikgu saya membantah “guru itu lebih tinggi berbanding dengan polis. Awak kena susun betul-betul cita-cita awak ini”. Entah bagaimana, saya boleh menjawab “polis itu jika saya dapat masuk universiti, cikgu jika masuk maktab dan polis jika saya tidak lulus sekolah menengah”. Saya memang tidak ada cita-cita langsung semasa di sekolah rendah. Hingga kini saya tidak tahu apakah keputusan peperiksaan penilaian darjah lima saya.

Semasa di sekolah menengah, saya bercita-cita untuk belajar di Sekolah Alam Shah. Walau bagaimanapun keputusan SRP saya hanya melayakkan saya untuk ke Sekolah Menengah Sains (SMS) sahaja. Maka saya belajar di SMS Terengganu (kini dikenali sebagai SESMA). Semasa di SESMA, saya lebih mengenali alam kerjaya seperti doktor, jurutera dan saintis. Selepas SPM, saya menyertai matrikulasi di Sekolah Alam Shah (SAS). Seterusnya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jalan Pantai Baru. Ketika di universiti, kerjaya pilihan masih bercelaru. Saya hanya perlu lulus dan hanya perlu memikirkan mengenai kerjaya selepas sudah ada ijazah. Saya mengkhusus dalam bidang kimia, tetapi tidak begitu berminat untuk menjadi ahli kimia. Saya memilih kimia kerana ia adalah subjek pertengahan di antara biologi yang banyak menghafal dan fizik yang banyak penggunaan matematik. Hanya biologi, fizik dan kimia sahaja yang ada dalam fakulti sains di UKM pada masa itu, selain matematik dan statistik.

Ketika di tahun akhir pengajian, dalam tahun 1980, saya mendaftar dengan penganjur biasiswa, ia itu Jabatan Perkhidmatan Awam untuk bekerja. Saya ditawarkan untuk bekerja dalam bidang komputer dengan cara mengambil diploma lepasan ijazah dalam bidang tersebut. Saya mendapat tawaran ke Australia. Tanpa berfikir panjang, saya tidak meneruskan pengajian di UKM untuk ijazah kepujian. Dengan ijazah Am yang diperolehi, saya menyertai JPA dan penempatan pertama saya sebelum melanjutkan pelajaran ialah di Jabatan Telekom Malaysia (JTM) di Bukit Mahkamah, Kuala Lumpur. Jawatan saya ialah Penolong Pengawal Telekom di Bahagian Rangkaian Suis. Ia itu bahagian komputer di JTM. Latikan saya di JTM adalah secara sangkutan.

JKR
Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak ke Australia, sebaliknya ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk belajar dalam Diploma Analisa Sistem. Setelah tamat latihan, saya ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Disember 1982 secara lantikan sementara. Lantikan secara tetap dibuat pada 15 Januari 1983. Saya ditempatkan di Pusat Komputer JKR atas jawatan Juruanalisa Sistem (JAS), Tingkatan Biasa. Saya adalah JAS pertama dan satu-satunya pegawai Ikhtias dan Profesional dalam bidang komputer di JKR. Rakan sekerja saya terdiri daripada jurutera, arkitek dan juru ukur bahan. Di JKR saya mendapat pengalaman bekerja dengan menggunakan minikomputer PDP/11, minikomputer Prime dan kerangka utama IBM. Di JKR saya membangunkan sistem personel yang dinamakan SEPAKAT. Sistem ini digunakan sehingga kini dan telah menjalani pelbagai penambahbaikan.

Walaupun saya dalam gred timescale sahaja, saya telah ditugaskan untuk menjadi tutor penggunaan aplikasi komputer kepada YB Menteri. Saya juga dikehendaki untuk berurusan secara langsung dengan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR). Saya juga diberi peluang menjadi tenaga pengajar sambilan di Pusat Latihan JKR, yang kemudiannya bertukar menjadi IKRAM dan kini UIKL. Saya juga dihantar bermesyuarat dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan JPA.

Semasa di JKR saya telah mengenali gred jawatan. Pada masa itu gred JUSA belum diwujudkan lagi. Gred tertinggi ialah superscale. Bos saya adalah superscale G dan bos dia superscale F. Jika superscale D sudah dapat kereta volvo dan superscale C dapat Mercedes atau BMW. Itu sahajalah yang saya tahu pada ketika itu.

JPA
Dalam tahun 1989 saya bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Saya ditempatkan di Unit Komputer, Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya (BLKK) bertempat di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Semasa di JPA, saya berpeluang menjalani latihan di Okinawa, Jepun.

JPJ
Saya dinaikkan pangkat sebagai JAS Tingkatan Kanan dan ditukarkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 1990. Saya ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Pembangunan Sistem di JPJ. Pada masa itu Bahagian Konputer JPJ ditempatkan di JPJ Selangor, Petaling Jaya. Komputer yang digunakan ialah Sperry Univac. Kemudiannya saya terlibat dengan aktif dalam projek pengkomputeran JPJ yang dilaksanakan secara turnkey oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Projek ini dinamakan SIKAP/2 ia itu singkatan kepada Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu. Penglibatan saya bermula pada saat awal meliputi kertas cadangan, kontrak, spesifikasi, pengujian dan hal-hal teknikal. Saya dilantik mengetuai seksyen teknikal komputer JPJ. Di JPJ saya mengaut penhalaman dalam bidang teknikal IBM, OS/2, SNA, DB2 dan seterusnya pengujian dan pelaksanaan sistem.

Setelah enam tahun di JPJ, saya memohon menyambung pelajaran di peringkat master dan terpilih ke United Kingdom (UK) pada tahun 1996. Saya memperolehi MSc (IT) dengan disertasi Methodologi Pembangunan Sistem Web di Leeds Metropolitan University (LMU). Methodologi ini masih lagi valid hingga sekarang.
JANM
Pada 1997, saya pulang ke Malaysia dan ditempatkan dalam pool. Di sini tugas utama saya ialah hadir ke pelbagai sesi temuduga mewakili JPA. Kemudian saya ditempatkan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) sebagai Timbalan Pengarah (Komunikasi) dengan gred F48. Saya melakukan beberapa pembaharuan di JANM, khususnya minda staf komputer supaya lebih menerima sistem terbuka dan tidak hanya tertumpu kepada pakej perakaunan sedia ada yang berasaskan kepada COBOL.

Seterusnya saya menyertai XYBASE Sdn Bhd yang menjalankan projek Kerajaan Elektronik Akauntan Negara (EGAG). Semasa dalam projek EGAG, saya sempat hadir kursus Software Quality Assurance (SQA) di New York, USA. Pengalaman bekerja dengan pihak swasta, khususnya dalam bidang pembangunan sistem adalah suatu pengalaman unik yang sangat sukar untuk diperolehi.

Hospital Selayang
Setelah tempoh pinjaman selama dua tahun tamat, saya ditukarkan ke Hospital Selayang. Saya dilantik sebagai Ketua Jabatan IT (HoD IT) dan masih dalam Gred F48. Hospital Selayang adalah hospital IT yang pertama di dunia. Bidang IT di sini dikuasai sepenuhnya oleh para doktor. Saya adalah merupakan HoD IT yang kelima di Hospital Selayang. Saya dapat merasai dan mengalami suasana kerja di sini sangat menarik.  Segala usaha kerja dapat dilihat secara langsung dinikmati oleh pengguna, ia itu kakitangan hospital dan pesakit. Di sini saya berpeluang belajar pengurusan vendor yang sangat-sangat berharga dalam bidang IT. Tempoh saya bekerja di Hospital Selayang cuma dua bulan sahaja, namun saya memperolehi pengalaman kerja melebihi dua tahun.

MITI
Saya dinaikkan pangkat ke Gred F52 dan ditempatkan di Bahagian ICT, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jawatan saya ialah Pengurus Kanan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sistem dan hal-ehwal ICT MITI.

KKM
Dari MITI saya ditukarkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian (SUB) dengan gred F54. Jawatan Timbalan SUB dalam Gred 54, tidak lagi bekerja dalam bidang teknikal. Tanggungjawab lebih tertumpu kepada modal insan, latihan, kerja berpasukan dan hal-hal yang melibatkan soft skill. Bekerja di KKM sangat menteronokkan. Skim Pegawai Sistem Maklumat (PSM) adalah imbangan di antara Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menguasai Kementerian dengan Pegawai Perubatan (Doktor) yang menjadi teras Jabatan.

JUSA
Setelah tiga tahun di KKM, bos saya dinaikkan pangkat ke JUSA B dan bertukar ke MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Tanpa diduga, saya dijemput ke JPA untuk menerima watikah lantikan ke JUSA C, sebagai SUB di KKM.


MAMPU
Pegawai JPA datang menemui saya sebelum solat Jumaat membawa sepucuk surat pertukaran saya ke MAMPU pada hari Isnin. Ini dikira sebagai pertukaran 24 jam. Saya berkhidmat di MAMPU sebagai Pengarah Pematuhan ICT dan juga Pegawai Keselamatan ICT.  Bos lama saya telah memohon untuk bersara untuk berkhidmat sebagai profesor di sebuah universiti. Setelah genap 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan, saya mengemukakan surat permohonan bersara awal dan ia diterima oleh kerajaan.









Saturday, September 24, 2016

HANG TUAH dah sampai ke OKINAWA

PETIKAN daripada buku saya TRAVELOG JEPUN: Sedesawarsa Bersama JICA di OKINAWA ada dalam majalah Mastika Oktober 2016.

Saturday, September 17, 2016

ADAB SALAM YANG SUDAH BERUBAH ?

SAYA agak, adab bersalaman masa kini sudah jauh berubah.

Di zaman kanak-kanak dahulu saya diberitahu supaya bersama seperti ini:-

1. Hulur dan genggam kedua-dua tangan (satu tanganpun tidak salah)
2. Lihat muka orang yang kita salami
3. Senyum
4. Bersalawat
5. Tarik tangan dan sapu muka atau dada.

Kini adab bersalaman sudah jauh berbeza. Ia bukan hanya pada golongan muda, malahan di kalangan imam, orang alim dan orang-orang tua.

Saya sangat malas bersalam, khususnya setelah selesai solat di tempat saya kerana hampir semua orang (termasuk imam, bilal, ustaz dll) salam tanpa tengok muka, pandang tempat lain, sembang dengan orang lain dan tidak perasan pun sedang bersalaman dengan kita.

Cepat sungguh adat Melayu bertukar. Jika di Jepun, tunduk hormat itu masih utuh di mana sahaja, termasuk masjid.

Layan...

https://www.youtube.com/watch?v=tGycDPuVCC0




Tuesday, September 13, 2016

CERITA KURBAN

1. Saya jarang buat qurban di kampung sendiri, khususnya di surau atau tempat awam. Jika adapun, kami sembelih seekor lembu secara berkongsi adik-beradik.

2. Raya Haji tahun ini, kami pulang ke Terengganu. Sertai qurban bersama orang kampung. Empat ekor di hari raya pertama dan tiga ekor di hari raya kedua. Ia amat memeranjatkan saya. Di kampung saya sendiri sudah ada pusat sembelihan yang sangat lengkap. Jauh lebih lengkap berbanding dengan surau dan masjid di bandar tempat saya tinggal. Lengkap di sini dalam erti kata standard kampung, bukan mahu dibandingkan dengan pusat sembelihan berhawa dingin di luar negara. Setiap kali selesai sembelihan, darah dan kotoran terus dibersihkan. Tidak ada kotoran, tidak ada bau yang kadangkala hingga sebulan masih ada jika di surau tempat saya tinggal.

3. Orang kampung lebih suka menyertai qurban di pusat ternakan dan sembelihan ini berbanding di masjid sebab harga lembu yang lebih murah dan prasarana yang lebih lengkap.

4.  Saya pernah berangan-angan untuk memiliki kediaman begitu. Sebuah rumah dan sebuah ladang. Sebenarnya saya ada sebidang tanah bersebelahan dengan pusat ternakan/rumah sembelih ini. Masih belum berusik, hanya dipenuhi kelapa sawit yang diusahakan oleh emak yang sudah sakit-sakit badan dimamah usia.

5. Setelah melihat proses sembelihan, di mana majoriti orang kampung datang dan betapa padunya tenaga yang diperlukan untuk menundukkan lembu-lembu itu, angan-angan saya mati begitu sahaja. Tidak mampu berangan lagi.

6. Pada ketika yang sama kami melapah daging, anak saya hantar whatsap mengatakan daging qurban bahagian kami di kota telah habis setelah beliau menghulurkan kupon dengan alasan lewat datang. Sebenarnya beliau ke surau sekitar jam 1pm berbanding dengan waktu tutup, ia itu 2.30pm. Tahun lepas saya langsung tidak jenguk daging qurban kerana tidak mendapat kupon. Nampaknya memang tidak ada harapan langsung untuk merasa daging qurban dari Surau al-Hidayah Kajang ini. Jika mahu makan daging, beli sahajalah. Tidak ada seorangpun AJK yang mahu memberi jawapan kepada soalan saya.

QURBAN.




Wednesday, July 27, 2016

BAGAIMANA SAYA DIKERJAKAN SEMASA BEKERJA

TIBA-TIBA saya teringat, sewaktu bekerja dahulu, saya pernah dikerjakan. Siapa punya kerja?. Tidak lain tidak bukan, melainkan bos sendirilah...

Pada suatu ketika, jabatan saya mengadakan satu pesta. Memang kerja jabatan saya pun buat pesta-pesta begini. Pada kali ini tetamu kehormat ialah YAB Perdana Menteri dan isteri dan beberapa menteri.

Memandangkan pesta ini berskala besar dan melibatkan orang besar, maka saya tidak dilibatkan. Mungkin bos fikir, saya ini jenis yang kurang PR agaknya, maka saya tidak terlibat langsung dalam pesta itu. Namun saya dijemput oleh tuan rumah sebagai peserta. Maka saya, seorang yang reti bahasa, pergilah ke pesta tersebut sebagai tetamu biasa, bukannya sebagai krew.

Tiba-tiba... bos sudah bising. Ya, bising kepada yang hadirlah. Saya masih buat kerja di ofis kerana tetamu patut datang jam 10am. Maka saya dapat panggilan telefon supaya segera ke tapak pesta kerana bos mahu saya menjadi penyambut kepada seorang menteri. Saya OK sahaja dengan tugasan tersebut. Sungguh pun begitu, oleh kerana saya tidak dilibatkan dalam raptai dan taklimat, maka manalah saya tahu tempat duduk, tempat makan, tempat rehat dan sebagainya akan menteri itu. Dipendekkan cerita, saya pun sampaiulah ke tapak pesta dengan seorang pemandu pejabat yang memandu kereta saya dan seorang staf saya. Bila sampai di tapak pesta, bos dan krew lain sudah berbaris menunggu VIP tiba. Saya yang tiba lewat ini seolah-olah VIP lah. Makan pukulan pertama yang saya dapat ialah kata sindiran pedas "nah kita mengalu-alukan ketibaan Tan Sri (nama saya ) dan Datuk Seri (nama staf saya) ke majlis". Pedas beb!.

Saya bergegas mencari dan meminta penerangan daripada staf asal yang ditugas menjaga menteri berkenaan. Beliau telah dipecat dari jawatan itu dan saya menggantikan beliau. Nasib saya baik, sebab beliau berikan kerjasama penuh. Agaknya beliaupun tidak gemar sangat dengan tugas tersebut.

Apabila menteri yang dimaksudkan tiba, saya sambut beliau. Saya dipeluknya. Ini membuatkan krew lain kehairanan. Kami berbual seketika sebelum saya bawa beliau ke tempat rehat beliau sambil menunggu ketibaan YAB PM dan isteri. Bila PM dan istefri tiba, saya macam biasa sahajalah, seperti krew lain juga. Salam dan senyum-senyum hormat.

Majlis berjalan lancar. Saya iringin menteri saya untuk jamuan. Setiausaha Akhbar dan pegawai khas menteri datang jumpa saya dan ucapkan terima kasih. Agaknya menteri berpuas hati. Saya juga cuba aturkan bersama pegawai khas supaya YB Menteri datang bersalam dengan beberapa jemputan yang ingin sangat berjumpa YB.

Tugas saya berakhir setelah YB Menteri meninggalkan majlis. Bagi saya, tugas saya sudah selesai dengan jayanya. Namun bagi boas saya?.


Monday, July 11, 2016

KENANGAN BERSAMA LAN MARAS

[Saya terpanggil untuk menulis kenangan ini setelah menerima WhatsApp bahawasanya sahabat saya, Lan Maras dimasukkan ke wad hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu kerana sakit. Semoga beliau cepat sembuh].

Saya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu pada 1975-76. Sebagai budak kampung, masuk sekolah berasrama begitupun sudah rasa gah semacam, macam rusa masuk kampung.

Di sana semua kawan yang ditemui ialah kawan baru. Sebabnya kawan lama saya tinggalkan semuanya di sekolah lama. Hanya saya seorang terpilih ke SESMA. Berbalik kepada Lan Maras, beliau seorang yang cepat mesra, mudah berkawan dan senang dibuat kawan.  Orang pendiam macam saya ini, mana boleh buat kawan jika kawan juga pendiam...

Saya tidak pernah tengok wayang gambar di pawagam. Saya hanya tengok wayang gambar di padang dekat masjid yang dibawa oleh Jabatan Penerangan. Paling-palingpun wayang pacak yang ditayangkan dekat kedai yang didirikan khemah keliling sebagai panggung. Di kampung saya memang tidak ada panggung wayang. Saya tidak pernah pergi ke bandar untuk tengok wayang. Tidak pernah.

Apabila berkawan dengan Lan Maras, pertama dia ajak saya jalan-jalan di bandar Kuala terengganu pada hari Sabtu. Saya ikut. Lepas itu dia beli tiket wayang dan ajak saya masuk panggung wayang. Saya sudah lupa, panggung Cathay aray Rex. Ceritanya masih saya ingat, ia itu Bobby.

Lan kata itu sudah kali ke-7 (jika tidak silap) dia tengok Bobby. Dia pernah tengok wayang pada waktu persekolahan. Caranya?. Dia beriyahu cikgu dia sakit dan nak pergi hospital. Lepas itu dia pergi tengok Bobby !!!.

Cepat sembuh Lan Maras !!!. Ameen.



Tuesday, July 05, 2016

MENGEMBARA KE EROPAH: BACKPACKER ATAU BAJET TRIP?.


ADA pelbagai cara untuk mengembara, khususnya di Eropah.
1. Pakej berkumpulan
- Menginap di hotel mewah dan makan di restoran

2. Pekej bajet berkumpulan
- Menginap dalam khemah atau cabin dan kemudahan memasak

3. Sewa kenderaan
- Menginap di hotel.

4. Sewa Motorhome
- Bermalam dan memasak dalam motorhome

5. Backpacker
- Bermalam di hostel. Bergerak menggunakan kenderaan awam.


Pada tahun lepas (2015), kami empat beranak hanya beli tiket dari KL ke London pergi balik. Hajatnya ingin menyewa kereta atau motorhome untuk ke seluruh UK. Namun setelah buat kira-kira, didapati kos sewa kereta + hotel lebih murah berbanding sewa motorhome di UK. Maklumlah, kami berempat sahaja, sedangkan motorhome adalah untuk enam atau tujuh orang.

Selain itu,  ahli rombongan mahu ke Eropah juga. Saya tidak begitu mahir memandu di Eropah dan risaukan keselamatan juga kerana kami hanya sebuah motorhome, bukan konvoi.

Akhirnya kami memilih untuk menyertai rombongan trip bajet yang bermula di Paris meliputi 8 negara selama 15 hari. Dari London kami menaiki Eurostar ke Paris dan menyertai mereka di sana. Mod pengangkutan ialah bas. Kami bermalam di dalam khemah. Makan minum disediakan oleh penganjur yang membawa tukang masak dari Malaysia. Trip ini disertai oleh 70 peserta menggunakan dua buah bas. Sebahagian besar peserta bermalam dalam khemah dan yang lain ada juga bermalam dalam cabin, dengan tambahan kos.

OK ..... September 2016 ada lagi trip sebegitu:-

TRIP BUDGET EROPAH * 6 NEGARA, 10-19 Sept 2016 *
* (School Holiday) * 
* Itinerary *
Day 01 Amsterdam
Day 02 Frankfurt Ando Heidelberg
Day 03 Fussen Ando Innsbruck
Day 04 Venice
Day 05 Venice
Day 06 Florence
Day 07 Pisa Ando Interlaken
Day 08 Mt Titlis
Day 09 Paris
Day 10 Paris Out Kuala Lumpur
* Price - € 749 Euro, . Sahaja *
* (Current Rate - Anggaran RM3600) *
. * Deposit RM 500 Seorg *
. * Termasuk: Pengangkutan, Penginapan (Khemah), Sarapan Ando Makan Malam *
* Tak Termasuk :. Flight Ticket, All Entrance Fee, Tip *
* (Tips € 3 Euro Sehari Seorg) *
* INFO * TRIP
_1 - Pergerakan Ke Semua Destinasi Dengan Menaiki BAS._
_2 -. Khemah Yang Digunakan Jenis 'SMART TENT' Smart Tent Bermaksud, Khemah Yang Mudah Diselenggarakan._
_3 -. Perlu Membawa LAMPU / TORCHLIGHT Sendiri Untuk Kegunaan Dalam Khemah (Lampu Hp Ok Pun) _
_Sekian, Terima Kasih _.
NOTA:
. 1.Raya Haji 12 Sep (Jangkaan)
. 2.Jika Mahu Bermalam Dalam Cabin, Tambahan € 25 Seorang Semalam
? Berminat Sila PM saya.

Jika mahu 2017 juga ada ...

PAKEJ BUDGET TULIPS & 6 NEGARA (11Days)
18 - 28 APRIL 2017
6 COUNTRIES:
FRANCE, SWITZERLAND, ITALY, AUSTRIA, GERMANY & HOLLAND
PRICE :
€799 euro (tent)
€1099 euro (cabin)
Itinerary:
18/4 Day 01 Arrival Paris & Tour Paris
19/4 Day 02 Lucerne
20/4 Day 03 Mt Titlis
21/4 Day 04 Pisa
22/4 Day 05 Florence & Venice
23/4 Day 06 Venice
24/4 Day 07 Innsbruck
25/4 Day 08 Fussen & Heidelberg
26/4 Day 09 Frankfurt & Amsterdam
27/4 Day 10 Tulips & Volendam
28/4 Day 11 Out KUL
Included:
Transportation
Accommodation (Smart Tent & Sleeping Bag / Cabin)
Breakfast, Lunch & Dinner
Tour Guide
Boat to Venice
Excluded:
Air Fare
Tips
Lunch on Excursion day
All Entrance Fee
Sila PM

Jika berminat boleh hubungi saya....






Monday, July 04, 2016

JOM KE EROPAH, BAJET TRAVEL KURANG RM6K 10 HARI TERMASUK MAKAN MINUM

[2015] Kami empat beranak. Beli tiket KL-London-KL. Hajat hati mahu sewa kereta dan ronda2 Eropah. Namun tukar fikiran dan join grup tour. Memang awesome sangat

Kini 2016, September ini (Cuti Sekolah), jom kita ke Eropah lagi.


[2016]
TRIP BUDGET EROPAH * 6 NEGARA, 10-19 Sept 2016 *
* (School Holiday) * 
* Itinerary *
Day 01 Amsterdam
Day 02 Frankfurt Ando Heidelberg
Day 03 Fussen Ando Innsbruck
Day 04 Venice
Day 05 Venice
Day 06 Florence
Day 07 Pisa Ando Interlaken
Day 08 Mt Titlis
Day 09 Paris
Day 10 Paris Out Kuala Lumpur
* Price - € 749 Euro, . Sahaja *
* (Current Rate - Anggaran RM3600) *
. * Deposit RM 500 Seorg *
. * Termasuk: Pengangkutan, Penginapan (Khemah), Sarapan Ando Makan Malam *
* Tak Termasuk :. Flight Ticket, All Entrance Fee, Tip *
* (Tips € 3 Euro Sehari Seorg) *
* INFO * TRIP
_1 - Pergerakan Ke Semua Destinasi Dengan Menaiki BAS._
_2 -. Khemah Yang Digunakan Jenis 'SMART TENT' Smart Tent Bermaksud, Khemah Yang Mudah Diselenggarakan._
_3 -. Perlu Membawa LAMPU / TORCHLIGHT Sendiri Untuk Kegunaan Dalam Khemah (Lampu Hp Ok Pun) _
_Sekian, Terima Kasih _.
NOTA:
. 1.Raya Haji 12 Sep (Jangkaan)
. 2.Jika Mahu Bermalam Dalam Cabin, Tambahan € 25 Seorang Semalam
? Berminat Sila PM saya.

Jika 2016 suntuk sangat, musim bunga 2017 (April) masih ada, masih murah, jom...




[2017]
PAKEJ BUDGET TULIPS Ando 6 NEGARA (11Days)
18 - 28 APRIL 2017
6 COUNTRIES:
FRANCE, SWITZERLAND, ITALY, AUSTRIA, GERMANY Ando HOLLAND
PRICE:
€ 799 Euro (Tent)
€ 1099 Euro (Cabin)
Itinerary:
18/4 01 Arrival Paris Day Ando Tour Paris
19/4 Day 02 Lucerne
20/4 Day 03 Mt Titlis
21/4 Day 04 Pisa
22/4 Day 05 Florence Ando Venice
23/4 Day 06 Venice
24/4 Day 07 Innsbruck
25/4 Day Fussen Ando Heidelberg 08
26/4 Day 09 Frankfurt Ando Amsterdam
27/4 Day 10 Tulips Ando Volendam
28/4 Day 11 Out KUL
Included:
Transportation
Accommodation (Smart Tent Ando Sleeping Bag / Cabin)
Breakfast, Lunch Ando Dinner
Tour Guide
Boat To Venice
Excluded:
Air Fare
Tips
Lunch On Excursion Day
All Entrance Fee
CARANYA:
1. Beli Tiket KUL-CDG (17/4) Dan AMS-KUL (28/4)
2. Bayar Deposit RM500 Dan Berikan Details (Muka Depan Pasport)
3. Bayaran baki dan seterusnya akan dimaklumkan dan taklimat akan diberikan.