[Saya terpanggil untuk menulis kenangan ini setelah menerima WhatsApp bahawasanya sahabat saya, Lan Maras dimasukkan ke wad hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu kerana sakit. Semoga beliau cepat sembuh].
Saya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu pada 1975-76. Sebagai budak kampung, masuk sekolah berasrama begitupun sudah rasa gah semacam, macam rusa masuk kampung.
Di sana semua kawan yang ditemui ialah kawan baru. Sebabnya kawan lama saya tinggalkan semuanya di sekolah lama. Hanya saya seorang terpilih ke SESMA. Berbalik kepada Lan Maras, beliau seorang yang cepat mesra, mudah berkawan dan senang dibuat kawan. Orang pendiam macam saya ini, mana boleh buat kawan jika kawan juga pendiam...
Saya tidak pernah tengok wayang gambar di pawagam. Saya hanya tengok wayang gambar di padang dekat masjid yang dibawa oleh Jabatan Penerangan. Paling-palingpun wayang pacak yang ditayangkan dekat kedai yang didirikan khemah keliling sebagai panggung. Di kampung saya memang tidak ada panggung wayang. Saya tidak pernah pergi ke bandar untuk tengok wayang. Tidak pernah.
Apabila berkawan dengan Lan Maras, pertama dia ajak saya jalan-jalan di bandar Kuala terengganu pada hari Sabtu. Saya ikut. Lepas itu dia beli tiket wayang dan ajak saya masuk panggung wayang. Saya sudah lupa, panggung Cathay aray Rex. Ceritanya masih saya ingat, ia itu Bobby.
Lan kata itu sudah kali ke-7 (jika tidak silap) dia tengok Bobby. Dia pernah tengok wayang pada waktu persekolahan. Caranya?. Dia beriyahu cikgu dia sakit dan nak pergi hospital. Lepas itu dia pergi tengok Bobby !!!.
Cepat sembuh Lan Maras !!!. Ameen.
No comments:
Post a Comment