Pages

Friday, October 02, 2015

TRAVEL KE JEPUN CARA MURAH




KAMI membuat satu survey ringkas di Facebook seperti berikut:-

Kami ingin tahu, apakah "kerisauan" anda untuk melawat Jepun?
A. Bahasa
B. Makanan Halal
C. Kos Mahal
D. Penat Berjalan
E. Keselamatan (jenayah, gempa bumi dll)
F. Tempat Menarik
G. Lain2. (nyatakan).


Hampir SEMUA menjawab "C", ia itu kos yang mahal. Mari kita tengok tentang kos-kos yang terlibat dalam trip Jepun.

1. Tambang Penerbangan:

Tiket penerbangan yang biasa pergi balik ke Jepun adalah dalam sekitar RM1,500. Itu pun perlu tempah awal. Jika ada tawaran, ia akan lebih murah. Jika last minutes, ia akan lebih mahal. Bab tiket ini memang kita tidak boleh tolong untuk beri diskaun atau murahkan lagi. Ia hak mutlak syarikat penerbangan.

2. Tambang Darat
Setelah tiba di Jepun, tentulah kita ingin berjalan-jalan kan?. Jika ingin bersiar-siar di sekitar Tokyo sahaja, kita boleh beli pass harian (daily pass). Ia lebih murah berbanding dengan beli tiket keretapi bagi setiap destinasi.

Jika ingin trip ke luar kota, ia memang mahal. Walau bagaimanapun, cara murah yang terbaik ialah dengan membeli JR Pass. Pada saya ia adalah sangat murah. Dengan harga RM1050, kita boleh naik apa sahaja seperti keretapi, bas, feri yang dikelolakan oleh JR (Japan Railway).

3.Makan
Makan di Jepun mahal?.
Masak sendiri atau bawa bekal.
Habis cerita.

4. Membeli-belah
Shopping di Jepun mahal?. Biar betul.....
Murah atau mahal adalah suatu perbandingan sahaja. Mahal di Jepun berbanding dengan di mana?. Jenama dan kualiti barang samakah?.

Banyak benda yang lebih murah di Jepun sebenarnya. Contohnya kain ela (cotton) di Jepun adalah lebih murah berbanding dengan di Vietnam. Barang-barang lain, misalnya yang dijual di kedai 100 Yen adalah lebih murah berbanding di Malaysia.

5. Hotel

Hotel di Jepun mahal?. Kos penginapan satu malam untuk seorang adalah sekitar Yen5,000 atau RM180. Harga ini setaraf dengan holel di Kuala Lumpur. Anda mahukan hotel bajet yang berharga RM90?. Di Jepun boleh menginap di Ryokan yang agak jauh sedikit dari pusat bandar. Lebih murah dari itu pun ada.

Mahu lagi murah?. Travelog Jepun akan menganjurkan trip murah bersama dengan rakan-rakan lain. Kos penginapan dijangka sangat murah. Team TravelogJepun sudah buat eksperimen selama sepuluh malam dan didapati ia memang berbaloi, jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Tunggu ya...


No comments:

Post a Comment