Pages

Friday, March 01, 2013

120 HARI LAGI UNTUK SEBUAH BUKU

HARI ini lebih kurang 123 hari lagi sebelum tarikh persaraan saya. Permohonan persaraan saya secara pilihan telah diluluskan pada 6 Feb yang lalu. Tarikh kuatkuasa ialah 1 Julai 2013.

Ramai orang tanya, "Encik bersara umur berapa?"
Saya jawab, "Saya bersara tidak cukup umur, tidak kira umur. Saya bersara setelah genap 30 tahun berkhidmat".

Setelah berkhidmat 30 tahun dengan kerajaan, kakitangannya akan dapat faedah persaraan maksima, ia itu 60% daripada gaji akhir.

Tentu ramai juga yang ingin tahu apa yang akan saya lakukan selepas bersara. Barangkali tidak ada jawapan yang khusus lagi tepat terhadap soalan itu. Yang pasti saya sudah penat bekerja. Saya sudah letih. Saya sudah tidak ada semangat untuk bekerja lagi. Saya sudah tidak mahu kena marah, sumpah seranah dan yang seerti dengannya. Saya hanya boleh terima orang marah saya sekiranya saya buat salah. Jika saja-saja mahu marah, kerana hobi dia ialah marah orang, maka saya perlu mengundur diri. Itu sahaja.

Sebelum bersara saya ingin menulis sebuah buku mengenai pengalaman saya BEKERJA dengan 10 buah agensi selama 30 tahun. Saya akan tulis lain dari yang lain. Saya akan bahagi-bahagikan bab penulisan ini mengikut subjek seperti berikut:

Bab-Bab (Tidak mengikut susunan)

Teknologi
Mesyuarat
Kereta
Rumah
Kawan
Staf
Bos
Kerja
Bintang
Anugerah
Kursus
Lawatan Luar Begara
Kenangan
Kemudahan
Persatuan
Sukan

Jika ada apa-apa lagi yang para pembaca ingin tahu, mohon cadangkan...

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment