Pages

Tuesday, August 07, 2012

MOOD DALAM PEKERJAAN


SAYA pernah bertanya kepada bos saya "mengapa tidak ambil opsyen betrsara 60 tahun?".

Dia jawab "belilah peluang orang muda pula bekerja. Takkanlah dah tua-tua pun masih nak bekerja. I dah tak tahan lagi dengan tekanan kerja. Mana ada kehidupan jika umur 60 tahun masih bekerja?".

Senior saya dalam perkhidmatan Kerajaan ada berkata "Penjawat Awam di zaman British lagi baik berbanding selepas merdeka. Semasa British, semua kuli kerajaan diberikan tanah. Dapatlah seekar dua seorang. Kini tanah I hanyalah tapak rumah I itu sahajalah yang dibeli dengan pinjaman perumahan kerajaan". Akhirnya beliau berhenti dan menyertai sektor swasta.

Saya bertanya dengan seorang staf saya "Apabila bersara nanti nak buat apa?". Dia memilih untuk bersara awal.

Jawabnya "saya nak berehat, nak belajar agama dan bergiat dalam NGO".

Saya bertanya khabar pula kepada staf saya yang telahpun bersara. Dia juga bersara pilihan. Katanya "saya bahagian sekarang. Tiada lagi tekanan. Tiada lagi deadline. Saya tidak buat apa-apa pun, sekadar menolong anak saya yang buat bisnes online".

Begitulah serba sedikit kisah orang bersara.

Sudah hampir 30 tahun saya mengabdi diri menjadi kuli Kerajaan. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut berjalan tanpa apa-apa masalah. Saya suka bekerja. Saya risau jika tidak bekerja. Di awal-awal perkhidmatan saya, saya datang ke pejabat pada hari Ahad semata-mata untuk belajar Komputer Mikro (sebelum PC dikeluarkan). Saya buta kayu langsung pasal PC dan Apple II pada masa itu. Maklumlah semasa belajar, saya menggunakan mainframe.Saya berjaya menguasai kesemua bidang teknikal yang dibawah kawalan saya.

Setelah senior sedikit, saya masih kuat dan rajin bekerja. Saya rindukan kerja. Saya suka datang kerja. Saya tidak pernah tinggalkan satu pun mesyuarat projek. Hatta semasa saya sakit dan diberikan cuti sakit oleh doktor, saya datang ke pejabat bertongkat semata-mata untuk hadir mesyuarat. Saya menguasai segala-gala bidang pekerjaan saya pada masa itu.

Seterusnya apabila menjawat jawatan 'middle management', saya ditukarkan ke sebuah kementerian yang bagi saya terlalu rigid. Serba tak kena. Marah, maki, tengking adalah perkara biasa. Saya tak tahan. Nasib baik tidak lama. Saya ditukarkan ke kementerian lain.

Di kementerian ini saya OK. Sangat OK walaupun ramai berpendapat saya dan siapa sahaja di situ tidak boleh servive. Akhirnya saya dinaikkan pangkat ke pengurusan tertinggi setelah enam tahun di situ. Semangat kerja masih jitu. Masih padu. Sesibuk mana pun, saya tidak pernah sekali pun ponteng mesyuarat pasca kabinet. Saya happy. Sayang cuma setahun sahaja di situ sebelum ditukarkan ke tempat lain.

Kini saya mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Di manakah kehidupan. Ramai yang berpendapat, bersara dengan aktiviti kecil-kecilan dan melakukan hobi sendiri adalah merupakan sebuah kehidupan.

Saya sangat setuju.

No comments:

Post a Comment