Pages

Tuesday, November 29, 2011

BAKPAK JAPAN: BENTO BOX

SEMASA kembara kami Tokyo-Hiroshima-Tokyo tempoh hari, kami banyak sekali menaiki bullet train (shinkansen). Perjalanan dari pagi melewati senja sudah tentu memerlukan beberapa perkara pokok seperti makan-minum, bilik air dan solat.

Shinkansen memang menyediakan makanan yang dijual oleh kakitangan tren. Walau bagaimanapun ia barangkali tidak bersesuaian dengan selera kita. Status halalnya juga amat diragui. Vebding machine juga disediakan untuk membeli minuman. Oleh itu, rata-rata penumpang shinkansen membawa bekal, termasuklah kami. Apa yang membezakan di antara kami dengan penumpang Jepun (Nihonjin) ialah:

Kami makan bila lapar. Makan ramai-ramai (berkongsi) dan bising-bising

Nihonjin makan apabila masuk waktu makan (macam puasa pulak). Serentak saja membuka bento box bila jam 1pm. Mereka diam dan makan sendiri-sendiri.

Monday, November 28, 2011

HALAL LIVING

APABILA disebut perkataan HALAL, apa yang tergambar di minda kita barangkali hanyalah mengenai makanan. Adakah ayam ini disembelih? Adakah minyak yang digunakan tiada DNA babi? Selain daripada makanan, kita barangkali lupa atau leka mengenai halal. Cuma barangkali sekali-sekala apabila timbul isu, barulah kita sedar. Contohnya kasut atau bag dari kulit babi, alat solek dari uri bayi dan yang seumpama dengannya.

Saya bertemu dengan sebuah buku berjudul Halal Living karya M.HArith Mahmud terbitan Kemilau Publika. Tertulis di situ ...Adakah pandangan, pendengaran serta perilaku anda halal?. Adakah anda tahu nahawa anda akan ditanya tentang apa yang anda perbuat?. Pastikan seluruh kehidupan anda HALAL.

Selain daripada kandungan buku, apa yang lebih saya perhatikan ialah mengenai "nasib penulis". Buku ini selesai ditulis pada Julai 2006. Ia hanya diterbitkan pada Oktober 2011. Lebih dari lima tahun untuk diterbitkan. Beginilah nasib penulis .... Mengapa tidak cari alternatif lain?.

Thursday, November 24, 2011

LOUIS VUITTON (LV) VERSI JEPUN

LV adalah di antara jenama mewah, khususnya bagi bag untuk wanita. Barangan buatan Perancis ini dijual di serata dunia, khususnya kota-kota besar. Di Jepun, terdapat versi khusus LV, ia hanya untuk keluaran Jepun sahaja.
LV versi Jepun

Wednesday, November 23, 2011

PEMANDU PELANCONG SUKARELA

INI adalah Yoko San. Berusia 70+ tahun. Mempunyai anak dan juga cucu. Juga suami. Beliau adalah sukarelawan di daerah Kyoto, Jepun. Beliau mendaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong dan memberi khidmat sukarela kepada pelancong, khususnya pelancong asing untuk melawat Kyoto.

Beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan sangat mahir dengan selok-belok Kyoto.

Apabila ditanya, mengapa dia membuat kerja sukarela?. Banyak sebabnya, seperti sayangkan sejarah Kyoto dan seumpamanya. Namun yang paling mengesankan beliau adalah sejarah lampau dirinya.

Semasa masih menuntut, beliau ingin membeli suatu barang. Namun barang ini tidak dijual, melainkan dengan menggunakan kad kredit sahaja. Beliau tidak mempunyai kad kredit dan tidak dibenarkan membeli barang tersebut. Beliau sangat kecewa. Beliau sudah mempunyai cukup wang untuk membayar harga barangan tersebut, cuma tidak mampu mempunyai kad kredit. Hinggalah ada seorang asing yang memberi bantuan kepada beliau dengan menggunakan kad kreditnya. Akhirnya beliau berjaya memiliki barangan tersebut.

Semenjak dari itu, beliau berazam untuk membantu mana-mana orang asing yang datang ke daerahnya. Salah satu caranya ialah dengan menyertai sukarelawan.

DFomo arigato Yoko-san.

Tuesday, November 22, 2011

ENGRISH DI JEPUN (3)

What is the meaning for "keep of the premises?"

Monday, November 21, 2011

ENGRISH DI JEPUN (2)

Everyday the same low price. Not bad isn't?

Sunday, November 20, 2011

ENGRISH DI JEPUN

"You can pay some creditcard over 3,000 Yen" Makna ungkapan ini ialah "Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit terpilih bagi bayaran melebihi 3,000 Yen"

Apakah English yang lebih sesuai?

Saturday, November 19, 2011

BAKPAK JEPUN : SAKIT TUMIT DI KYOTO

KAMI bermalam di Yougendo, sebuah rumah tradisional Jepun yang berusia lebih 100 tahun. Pagi-pagi lagi kami keluar untuk melawat Kyoto. Tiba di stesen Kyoto, kami disambut oleh Yoko san, seorang sukarelawan yang membuat kerja-kerja amal membawa pelancong bersiar-siar di Kyoto. Kami dibawa berjalan dan diberi penerangan mengenai pelbagai perkara, khususnya tempat bersejarah di Kyoto.

Punyalah jauh berjalan, penat sungguh kaki saya. Sakit lama di tumit muncul kembali. Tiba di sebuah kedai, kami masuk melihat-lihat dan tuan kedai bertanya "apa masalah kamu?". Saya jawab "sakit tumit". Beliau secara sukarela memberi rawatan percuma menggunakan sejenis plaster yang dijual di kedainya. Ia teknik baru katanya. Plaster ini adalah Titan Tape. Ia boleh dipakai selama tiga hari dan Alhamdulillah legalah sedikit sakitnya. Walau bagaimanapun plaster tersebut terpaksa ditanggalkan semula beberapa jam kemudian sebab saya ingin solat.

Monday, November 14, 2011

SAYA MEMANG AMATUR

BEBERAPA bulan yang lalu, saya dihubungi oleh seseorang. Tujuannya ialah berkaitan buku saya "Buat Duit Dengan Foto".

Hubungan melalui telefon tersebut diakhiri dengan pertemuan. Beliau datang dari jauh, beratus kilometer untuk menemui saya bagi membincangkan mengenai buku saya. Ada beberapa perkara yang beliau mahukan penjelasan lanjut. Ada satu dua perkara yang beliau kurang faham. Saya menerimanya dengan lapang dada dan memang bersedia untuk memberi penerangan yang diperlukan.

Namun, tujuan sebenar mereka berdua datang adalah untuk "buat duit" dengan saya. Mereka mahu saya memberi ceramah atau bengkel mengenai kandungan buku saya dalam sesi yang mereka adakan. Mereka akan cari peserta, uruskan tempat, pungut yuran dan meminta saya menyampaikan ceramah.

Saya tidak berkira. Saya fikir ia tidak salah untuk memberi penerangan setakat yang termampu. Saya juga tidak mengenakan sebarang syarat ataupun menetapkan bayaran. Walau bagaimanapun, duit minyak ataupun penginapan saya sekiranya perlu perlulah diuruskan. Saya juga minta kursus diadakan pada hujung minggu supaya saya tidak perlu memohon cuti. Mereka setuju. Saya OK.

Berdasarkan perjanjian mulut tersebut, saya mulalah membuat penyelidikan, mengumpul bahan, menubuhkan tim dan pelbagai lagi.

Apabila hampir tiba dengan tarikh yang dijanjikan, tidak ada apa-apa. Saya hubungi mereka dan mereka "terlupa" dan cadangkan tarikh baru. Saya OK saja. Kini tarikh baru sudah hampir berlalu.

Jika saya orang profesional, belum apa-apa lagi saya sudah kenakan bayaran. Hatta untuk bertemu. Take-it or leave-it.

Inilah nasib pemain amatur.

Tuesday, November 08, 2011

SYABU-SYABU

SAYA bukanlah seorang yang fancy ataupun memilih, ataupun penggemar mahuppun cerewet tentang makanan. Bagi saya, makan bila lapar dan makan untuk kenyang sahaja. Saya kategorikan saya sebagai orang yang tidak kuat makan, tidak banyak makan dan tidak suka makan yang pelbagai. Juga tidak suka mencuba makanan yang baru.

Walaupun begitu, Allah uji saya dengan penyakit berlebihan zat makanan. Ia itu protin terlebih dalam badan. Jika mengikut hukum, saya adalah manusia yang kurang zat. Tidak mengapalah.

Lantaran itu saya tidak pernah mendengar akan makanan yang bernama syabu-syabu. Saya tidak pernah makan. Walau bagaiamanpun semasa di Jepun beberapa hari yang lalu, saya diajak oleh seorang sahabat yang mengusahakan syabu-syabu di Tokyo. Beliau menubuhkan Malaysia Halal Corporation Ltd secara usahasama dengan orang Jepun. Katanya syarikat beliau adalah satyu-satunya pengeluar daging halal di Jepun. Daging halal yang lain semuanya diimpot. Kos yang dikenakan bagi memakan syabu-syabu ini ialah Yen 4,000 seorang (sekitar RM160). Saya cuba. Ternyata sedap dan lazat.

Monday, November 07, 2011

TRAVELOG WARTAWAN ISLAM

DALAM penerbangan Tokyo-Kuala Lumpur saya habis membaca sebuah buku berjudul Travelog Wartawan Islam oleh Roslan Hamid. Seronok membaca buku ini. Ia menceritakan tentang pahit-maung dan tendang-terajang dalam dunia kewartawanan. Penulis yang merupakan seorang wartawan akhirnya melepaskan jawatannya kerana Islam. Bahagian pertama buku ini menceritakan sebuah travelog yang hidup. Walau bagaimanapun Bahagian Kedua?