Pages
▼
Monday, July 25, 2011
JUSA, GRED KHAS, DOKTOR PAKAR DAN PTD
MINGGU lepas saya dijemput untuk makan bersama dengan sekumpulan doktor pakar berpangkat Gred Khas C. Di meja saya, semuanya doktor pakar kecua;i saya seorang. Mereka pakar dalam pelbagai bidang perubatan.
Dalam majlis yang sama juga ada PTD berjawatan JUSA C. Jika saya tanya doktor pakar tersebut, apa bezanya di antara Gred Khas C dengfan JUSA C, sudah pastilah mereka tidak akan tahu. Sebabnya..... apa itu PTDpun mereka tidak tahu. Gred mereka ini terlalu khas,hinggakan tidak tahu langsung apa yang di luar dari bidang dia. Mungkin doktor pakar lain tidak begitu, saya cuma cakap mengenai doktor pakar yang duduk berkongsi meja dengan saya sahaja.
Doktor-doktor pakar Gred Khas C ini, boleh sahaja bertukar menjadi JUSA C. Ia itu bila mana mereka memegang jawatan pentadbiran. Misalnya mereka dilantik menjadi Pengarah, Ketua Pengarah atau sebagainya di Kementerian Kesihatan, Ibu Pejabat dan sebagainya. Adakah Gred Khas dan JUSA ini saling bertukar-tukar? Tidak juga .... Barangkali tidak ada PTD yang pegang jawatan Gred Khas. Barangkali.
Kembali kepada perbezaan di antara JUSA dan Gred Khas, ada apa-apa perbezaan?. Sayapun pernah pegang kedua-dua jawatan tersebut dan masih mencari-cari perbezaan dan persamaannya.
salam tuan,
ReplyDeletemungkin boleh dirujuk pada URL berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/perbekalanskim/JUSA.asp
Salam Tuan,
ReplyDeleteSaya merayau dalam blog ini apabila Dr. Noor Hayati dari MAMPU memaklumkannya. Mungkin Tuan mengenali beliau.
salam Kenal
Ya, saya mengenali Dr. Noor Hayati. Beliau adalah staf saya semasa saya masih bekerja dengan Kerajaan.
ReplyDeleteWassalam.