ESOK puasa. Ya puasa Ramadhan. Ramai orang menunggukan kehadirannya. Peliknya orang yang tidak solat, atau kurang 'baik' pun menunggu-nunggu akan Ramadhan. Mengapa ya?. Barangkali kerana di bulan Ramadhan ada solat tarawih. Ia hanyalah solat sunat sahaja. Jika solat yang wajib tidak dilakukan, mengapa ramai orang menunggu akan solat sunat?.
Barangkali kerana mereka terpengaruh dengan pelbagai "fadhilat" solat sunat tarawih ini. Dihapuskan dosa, diharamkan dari dibakar oleh api neraka dan sebagainya, dan sebagainya. Inilah orang kita.
Semasa solat tarawih pula, berebut-rebut mereka ingin bersolat di saf paling hadapan. Banyak fadhilatnya. Namun.... mereka ini (bukan semua) datang lewat, tetapi ingin merebut saf hadapan. KAdang-kadang terpaksa menolak-nolak orang lain kerana datang lewat dan inginkan saf hadapan. Pelik kan?
Pulang lewat dari masjid dan surau juga banyak pahalanya jika dihabiskan dengan zikir, mengaji dan sebagainya. Tapi datanglah awal-awal, Letak kereta elok-elok. Jika datang lewat dan kereta diletak ikut-dan sahaja dan balik lewat, apakah akibatnya?. Sepatutnya hendak pahala, gamaknya dapat bala sebab disumpah oleh orang lain kerana keretanya menghalang orang lain yang ingin pulang. Tidak pelikkah?.
Orang kita ...
Nanti kita cerita bab berbuka pula :)
Pages
▼
Sunday, July 31, 2011
Monday, July 25, 2011
JUSA, GRED KHAS, DOKTOR PAKAR DAN PTD
MINGGU lepas saya dijemput untuk makan bersama dengan sekumpulan doktor pakar berpangkat Gred Khas C. Di meja saya, semuanya doktor pakar kecua;i saya seorang. Mereka pakar dalam pelbagai bidang perubatan.
Dalam majlis yang sama juga ada PTD berjawatan JUSA C. Jika saya tanya doktor pakar tersebut, apa bezanya di antara Gred Khas C dengfan JUSA C, sudah pastilah mereka tidak akan tahu. Sebabnya..... apa itu PTDpun mereka tidak tahu. Gred mereka ini terlalu khas,hinggakan tidak tahu langsung apa yang di luar dari bidang dia. Mungkin doktor pakar lain tidak begitu, saya cuma cakap mengenai doktor pakar yang duduk berkongsi meja dengan saya sahaja.
Doktor-doktor pakar Gred Khas C ini, boleh sahaja bertukar menjadi JUSA C. Ia itu bila mana mereka memegang jawatan pentadbiran. Misalnya mereka dilantik menjadi Pengarah, Ketua Pengarah atau sebagainya di Kementerian Kesihatan, Ibu Pejabat dan sebagainya. Adakah Gred Khas dan JUSA ini saling bertukar-tukar? Tidak juga .... Barangkali tidak ada PTD yang pegang jawatan Gred Khas. Barangkali.
Kembali kepada perbezaan di antara JUSA dan Gred Khas, ada apa-apa perbezaan?. Sayapun pernah pegang kedua-dua jawatan tersebut dan masih mencari-cari perbezaan dan persamaannya.
Saturday, July 23, 2011
HARI KEBUDAYAAN JEPUN 2011
Hari Kebudayaan Jepun 2011 telah selesai diadakan pada 17 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. Program ini dirancang beberpa bulan yang lalu. Tarikh dipilih kerana ia adalah selang seminggu selepas kami sepatutnya pulang dari Jepun selepas mendaki Gunung Fuji. NAmun, oleh kerana tsunami dan gempa bumi melanda Jepun, program mendaki Mt. Fuji kami batalkan.
Rupa-rupanya tarukh 17 Julai, bukanlah tarikh yang baik untuk melakukan program sebegini. Lebih-lebih lagi bila memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada pihak Jepun, seperti Kedutaan dan JICA sendiri. Ini adalah kerana 17 Julai diadakan program Bon Odori, iaitu pesta musim panas di stadium Matsushita, Shah Alam. Pesta Bon Odori ini adalah pesta yang terbesar di dunia, di luar Jepun!. Orang-orang Jepun pula mesti melakukannya dengan perfect. Pelbagai persediaan, beberapa latihan, raptai dan dry-run dilakukan bagi mempastikan perjalanan pesta ini adalah bertaraf dunia. Lantaran itu saya gagal mendapat sebarang bantuan daripada Kedutaan Jepun ataupun orang perseorangan Jepun yang mahir dalam perkara-perkara tertentu. Bantuan yang saya perlukan ialah untuk meminjam/menyewa kimono, instruktor acara minuman teh, instruktor kimono dan instruktor origami. Selainnya boleh dibuat sendiri oleh orang Malaysia yang saya kenali. Betapa sibuknya mereka, pada hari perasmianpun mereka tidak dapat datang. Sibuknya!!!.
Akhirnya kami berjaya juga melaksana program Haiku, Origami, Furoshiki, Kimono, Masakan, Persandingan dan Solekan. Cuma tea-ceremony sahaja yang tidak kami adakan.
Melaksana program sebegini memerlukan banyak duit. Setiap program ada kosnya. Hiasan auditorium memerlukan RM4000. Bayaran hotel instruktor yang tinggal di luar Shah Alam kami bayar. Tambang kapalterbang instruktor daripada Kota Kinabalu, Kota Bharu perlu kami jelaskan. Makan-minum para peserta mencecah RM3000. Sewaan kimono, pengangkutan krew, bahan mentah, peraslatan, pakaian krew dan sebagainya lagi perlukan kos. Secara keseluruhannya program ini memerlukan RM15,000. Syukur Alhamdulillah, ramai sahabat yang datang menghulurkan bantuan. Di antaranya ialah Strateq, AVNet, Teliti, HeiTech, Cisco, Huawei, eNcoral, Mandiri dan ada lagi. Di antara nama-nama yang sangat perlu saya rakamkan ucapan terima kasih termasuklah Dr. Azrin, Yusmar, Azam, Shahzi, Erna Fezura, Diana, Shahran, Azhar, Chot, Khairul, Muhaimy, Razi, Anuar, Fadzli dan semua EXCO kerana sumbangan anda semua. Tidak lupa juga kepada semua instruktor, peserta dan juga krew serta pengurusan Karangkraf.
Semoga kita boleh bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.
Domo arigato.
Friday, July 15, 2011
TOP 200 Penulis Penerima Royalti Tertinggi di PTS bagi Jualan Tahun 2010
MASYAALLAH ........ Saya bercita-cita dapatlah kiranya pada setiap tahun, satu buku saya diterbitkan.
Buku pertama diterbitkan 2008 (Kerjaya Dalam Bidang ICT). Buku kedua 2009 (Buat Duit Dengan Foto). Pada tahun 2010 buku saya tidak diterbitkan dan manuskrip dipulangkan dan saya hampir kecewa kerana cita-cita "satu buku satu tahun" sudah berkubur.
Alhamdulillah, setelah PTS tidak menerbitkan buku saya, Karangkraf melalui Oasis Buku menerbitkannya pada 2010 (50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan). Hmmmmm..... nampaknya "3 tahun 3 buku" masih bertahan setakat ini. Pada tahun 2011, yang hanya tinggal setengah tahun sahaja lagi ini, sama-samalah mengharap. Manuskrip masih banyak...
Walaupun buku saya tidak diterbitkan (oleh PTS) pada tahun 2010, namun Alhamdulillah, saya masih berada dalam kategori Top 200 sebagai penulis paling banyak menerima royalti pada 2010. Alhamdulillah. Syukur kepadaNya.
Saturday, July 09, 2011
SENI TULISAN
BANYAK kali apabila kita menulis, dan menayangkan tulisan kita, ia bukan untuk dibaca orang. Bagaimana orang boleh baca, sebab kadang-kadang kita sendiripun tidak boleh baca tulisan sendiri?. Bukan tulisan cakar ayam, tetapi tulisan bertaip komputerpun, ramai orang tidak boleh baca.
lihat contoh ini:
Entah apa-apa yang ditulis. NAsib baik ia dwi-bahasa. Jika faham Inggeris, bolehlah baca, yang bahasa Melayu hanya untuk hiasan sahaja.
Itulah orang kita.
lihat contoh ini:
Entah apa-apa yang ditulis. NAsib baik ia dwi-bahasa. Jika faham Inggeris, bolehlah baca, yang bahasa Melayu hanya untuk hiasan sahaja.
Itulah orang kita.