Pages

Monday, April 18, 2011

PEMANDU

SEMENJAK kecil lagi, saya semacam alergi dengan pemandu. Semasa saya bersekolah rendah, saya suka berjalan kaki ke sekolah bersama dengan rakan-rakan yang lebih senior. Perjalanan tidaklah jauh sangat, kira-kira dua batu (kira-kira 3.5km). Rakan-rakan saya ini boleh dikatakan sangat dhaif. Oleh itu mereka memilih untuk berjalan kaki ke sekolah. Saya pula dapat duit belanja sebanyak 20 sen sehari. Kiraannya ialah 5 sen tambang pergi, 5 sen tambang balik, 5 sen belanja dan 5 sen simpan. Sekiranya saya ingin belanja 10 sen, maka saya akan buat penjimatan dengan berjalan kaki pada pagi hari ke sekolah atau semasa pulang atau kedua-duanya sekali. Faktor lain yang menyebabkan saya berjalan kaki ke sekolah ialah kerana ia lebih cepat sampai berbanding dengan menaiki bas. Sebabnya? ada kalanya bas tidak ada langsung ataupun orang terlalu ramai.

Kadangkala ada Orang Putih, penmgurus ladang koko memberhentikan jeepnya untuk menumpangkan kami ke sekolah. Seingat saya, saya tidak pernah sekalipun menaiki jeep dia, yang kami panggil semagai "monimok". Sehingga kini saya masih tidak mengerti apa sebenarnya "minimok" ini. Barangkali jeep kecil tanpa atap yang dipandu oleh Mr. Brooke ini adalah dari jenama mini minor. Barangkali.

Semasa bersekolah menengah, saya berbasikal ke sekolah. Jaraknya cuma 6 batu sahaja.

Setelah bekerja, saya juga tidak gemar menaiki kereta pejabat. Jika perlu menghadiri mesyuarat, saya lebih suka dihantar oleh rakan atau menaiki teksi sahaja. Bukan apa, saya cuma alergi. Mungkin secara kebetulan pemandu-pemandu di tempat saya bekerja dulu sangat menakutkan saya. Garangnya semacam. Jika kita yang berstatus pegawai ini terlambat, pemandu akan tinggalkan kita. Ada juga diceritakan pemandu berhenti di tepi jalan dan suruh pegawai keluar dari kereta. Sebabnya?. Pegawai ini menasihatkannya lebih berhati-hati memandu. Macam-macam cerita. Amat menggerunkan.

Kini juga saya kurang gemar menggunakan pemandu, kecuali terpaksa. Saya juga mendengar cerita ramai pegawai tinggi kerajaan akan memandu sendiri jika ada kerja di luar kawasan. Alasannya ialah kerana sudah lama tidak memandu.

Sesuatu yang agak mengairankan saya ialah sikap pegawai-pegawai yang memberikan tip kepada pemandu. katakan perjalanan dari hotel ke lapangan terbang. Jika tidak ada RM10, kereta itu seolah-olah tidak akan bergerak. Jika uang pelincirnya ada, jangan risau pasal terlepas kapalterbang. Pemandu ini pula (hampir semua), sudah faham benar dengan perkara ini. Seolah-olah ia adalah wajib. Walhal mereka sudah dibayar gaji, elaun lebih masa dan sebagainya untuk menghantar pegawai. Sekiranya sedekah atau hadiah, OKlah saya setuju...

Sebab itu, saya lebih suka naik teksi sahaja dari hotel ke airport dan sebaliknya. bayar lebih, dapat resit boleh buat tuntutan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment