Pages

Monday, March 14, 2011

MEMENCAK


MEMENCAK ini adalah seperti merajuk.

Sudah dua tiga hari saya sakit kepala. Sakitnya agak teruk. Berdenyut-denyut. Ala-ala migrin begitu. Sudah bertemu doktor, diperiksa tekanan darah, tidaklah tinggi sangat, walaupun tidak rendah.

Hari ini saya ambil tekanan darah lagi, tidak begitu tinggi. Semasa ingin diambil lagi, alat tekanan darah tersebut jatuh dan terus diam. Saya cuba buka dan masukkan semula baterinya. Juga diam. Saya campakkannya dalam bakul sampah. Niat nak buang sahaja dan beli yang baru. Seketika kemudian, ia berbunyi dan bila saya ambil semula, ia berfungsi seperti sedia kala. Hmmm.... alatpun main merajuk dan ingin dipujuk-pujuk juga ya?.

Orang kata, jika pokok kita tidak berbuah, kita ambil parang dan takir batangnya. Insyaallah berbuah ia. Jika pokok bunga tidak berbunga, campak sahaja ia ke luar, nanati ia akan berbunga.

ha ha ha ha.

No comments:

Post a Comment