Pages

Friday, June 11, 2010

TOLONG ATAU TIDAK


PADA tahun lepas, saya membantu sebuah organisasi dalam satu projek. Ia tidaklah seteruk mana. Tidaklah terlalu sukar, tetapi tidaklah juga suka. Tidaklah payah mana, namun tidak juga senang. Suam-suam kuku atau manis-manis buah kata orang.

Selepas selesai buat kerja, organisasi ini mengadakan majlis makan malam yang agak besar dan dihadiri oleh pemimpin negara. Ada upacara bagi-bagi hadiah. Ada ucap-ucapan. Saya juga hadir ke majlis makan malam tersebut. Dalam hati, teringin juga naik ke pentas jika dipanggil untuk menerima cenderamata, atau sijil atau yang seumpama dengannya. Rupa-rupanya, jauh panggang dari api. Jangan harap. Datang makan, duduklah mana-mana kau nak duduk, mana-mana yang ada kosong duduklah. jangankan cenderahati, namapun tidak disebut dalam ucapan, juga dalam mana-mana buku aturcara. Sekelumit ucapan terima kasihpun tidak ada. Tidak siapapun endah.

Tahun ini, mereka jemput lagi. Hmmmmm..... tawar hati untuk menabur keringat bagi organisasi begini.

3 comments:

  1. Anonymous1:09 PM

    pantun buat renungan semua.

    akar nibung meresap-resap,
    akar mati dalam perahu,
    terbakar kampung nampak berasap,
    terbakar hati siapa yang tahu.

    mari kita pergi sembahyang,
    hari Jumaat tengah hari,
    pergi lah kasih pergilah sayang,
    pandai-pandailah menjaga diri.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:36 PM

    nasi lamak buah bidara
    sayang selasih dimakan jangan
    (sambung sendiri)

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:12 AM

    Masa dok ada kena beringat
    Dah namanya depa memang lagu tu
    Sayang di sayang masa berkhidmat
    Bila dah pencen baru hang nak tahu

    ReplyDelete