Pages

Wednesday, February 03, 2010

PULUT SAKURA SERUNDING KASIH


DUA malam menginap di sebuah hotel di ibu kota, saya habiskan pembacaan novel PSSK. Novel ini sangat istimewa buat saya. Saya mesti habiskan pembacaan novel ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Ia sangat istimewa kerana penulisnya memang saya kenali lebih sedesawarsa yang lalu. Saya mengenali penulisnya 'Leyla Shuri" di Okinawa, Jepun. nama sebenarnya ialah halela Abdul Razak yang menjadi isteri kepada Encik Kudaka. Lantas beliau dinamakan sebagai Halela Kudaka. Shuri adalah kota berdekatan rumah beliau di Okinawa. Novel ini pula saya perolehi di hari persandingan anak gadis sulungnya, Minako Kudaka di Singapura.

Sebaik sahaja memperolehi novel ini, saya tunjukkan kepada sdr Azhar yang menemani aya ke majlis tersebut. "Masyaallah, tebalnya. Bagaimana Kak Lela menulis novel setebal ini?".PSSK adalah setebal 470 muka surat adalah merupakan karya agung Halela. Itu kata saya. Saya sangat kagum dengan beliau. Respek sungguh dengan keupayaannya menulis novel setebal itu. Sedesawarsa yang lalu, kebolehan beliau berbahasa Melayu sangat terbatas. Kini berjaya menghasilkan novel setebal 470 muka!. Sayapun masih belum berjaya melakukannya. Hendak seribu daya. Gomeneto Gozaimasu Harera san!.

Novel ini dibahagikan kepada 68 bab yang pendek-pendek. Ini menjadikan rentak pembacaan menjadi menarik dan tidak terganggu. Pembacaan dalam beberapa bab yang pertama saya dapati ia tidak banyak bezanya dengan novelis wanita tersohor Malaysia lain yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Ia mengisahkan tentang Rafique atau Rafikku dalam telur Jepunnya. Kisah cinta ini, mengikut Halela adalah kisah cintanya. Siapa wataknya tidak diceritakan, saya juga sekadar mengagak-agak sahaja. Lokasi cerita adalah di Malaysia dan Jepun.

Terdapat sedikit unsur suspen dalam PSSK. Lokasinya di Jepun memang sangat familiar dengan saya, namun ia tidak diceritakan dengan terperinci. Sekiranya perinciannya ditambah sedikit, sudah pasti saya dapat melihat dengan jelas akan lorong-lorong yang pernah saya lalui dua puluh tahun yang lalu.

Syabas Harera.

2 comments:

  1. *Otsukare-sama...

    *Expression to show your appreciation of other people effort.

    ReplyDelete