Pages
▼
Tuesday, January 19, 2010
TONTO : TOLONG ORANG TIPU ORANG
TONTO atau kadangkala dipanggil TOLONGTO adalah sejenis manusia "ulat". Ia adalah berupa orang tengah atau orang perantaraan yang berperanan untuk mengatur-licin transaksi. Kadangkala tanpa tonto, sesetengah transaksi akan terhenti di tengah jalan.
Saya bertanya seorang kawan, apakah maksudnya tonto?. Katanya ia adalah singkatan daripada "tolong orang tipu orang". Maksudnya, dia tolong individu A dan tipu sedikit untuk mendapatkan servis daripada individu B dan tipu sikit. Dua individu ditipu dan dia yang untung. Biasanya tonto akan mencari orang yang terdesak dan menawarkan perkhidmatannya dengan sedikit bayaran. Tonto ini sudah menolong orang tersebut. Dia tipu sebab perkhidmatan yang ingin diperolehi adalah percuma sahaja, cuma orang yang terdesak tidak tahu bagaimana jalannya sahaja. Misalnya perkhidmatan membaharui lesen memandu atau cukai jalan di JPJ. Ramai tonto di situ. Apabila orang ramai tidak larat beratur panjang, tonto akan datang menawarkan servis. Bayar sahaja dan dia akan buatkan semuanya. Begitulah juga halnya di Puspakom, ROB, ROC dan sebagainya. Kadangkala transaksi yang tidak logikpun boleh dilakukan oleh tonto. caranya? Tipu sebelah sana pula.
Tonto juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
A. Seorang yang sangat terdesak ingin menjual barang yang sangat murah. Anda beli dengan niat ingin membantunya. Harga sangat murah, dan dia telah tertipu. Tolong orang, tipu orang.
B. Penulis yang sangat terdesak, menyerahkan manuskrip kepada penerbit dengan bayaran yang sangat murah. Penulis dapat duit dan penerbit dapat manuskrip murah. Penerbit tolong penulis dan sambil itu tipu penulis.
C. Ada orang sakit atau kurang sihat. Penjual makanan kesihatan @ MLM, pura-pura memberi bantuan berupa khidmat nasihat dan suruh beli produknya. Dalam kes ini adalah "TINTO" "tipu orang tipu orang".
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment