Pages
▼
Wednesday, January 27, 2010
JARINGAN SOSIAL MEMBUANG MASA
BIASANYA seorang penjawat awam akan bersosial, dalam erti kata berjumpa dan berborak dengan rakan-rakan selepas waktu pejabat. Ada yang membawa ke malam. Di hujung minggu apatah lagi.
Penjawat swasta pula, khususnya yang menjual produk ataupun servis dan mempunyai kuota untuk dicapai bersosial sepanjang masa. Kerja mereka adalah bersosial, dalam erti kata minum-minum, bersembang ataupun meraikan orang lain yang berkemungkinan akan menjadi pelanggan mereka. Bersosial cara ini memang membuang masa, namun apa yang dipentingkan ialah hasil @ jualan dan bukannya kaedah. Buanglah masa (atau apa sahaja), asalkan masyuk...
Itu dulu. Kini sudah ada jaringan sosial. Penjawat awam atau swasta atau siapa sahaja boleh bersosial bila-bila masa sahaja. Semasa kerja mereka bersosial. Semasa berehat mereka bersosial. Memang membuang masa. Ada kalanya mereka bersosial sehingga tidak cukup tidur dan datang ke pejabat dalam keadaan yang tidak cergas untuk bekerja. Buang masa. Namun, bagi pekerja yang kerjanya adalah bersosial, buang masa (atau apa sahaja), bukanlah suatu masalah.
banyak juga menafaatnya jaringan sosial ini sekiranya digunakan secara berhemah. Secara umumnya, sepatutnya jaringan sosial bagi penjawat awam (tanpa tujuan khusus) hanya dibuka di luar waktu pejabat sahaja. Ini adalah untuk membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada tugasan hakiki.
No comments:
Post a Comment