Pages

Tuesday, December 08, 2009

RAHSIA MENJADI JUTAWAN


SEJAK akhir-akhir ini pelbagai kursus, ceramah, buku, vcd dan pelbagai perkara diterbit dan disiarkan untuk menjadi jutawan.

1. Benarkah kita boleh menjadi jutawan dengan mendengar perkara-perkara begini?
2. Mengapa ramai 'jutawan' yang sangat bermurah hati untuk memberi tahu orang lain rahsia mereka?

Berikut adalah senarai 10 rakyat Malaysia paling kaya-

1. TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN (AS$7.6 bilion)
2. ANANDA KRISHNAN (AS$7.4 bilion)
3. TAN SRI LIM GOH TONG (AS$4.3 bilion)
4. TAN SRI LEE SHIN CHENG (AS$3.9 bilion)
5. TAN SRI TEH HONG PIOW (AS$3.5 bilion)
6. TAN SRI QUEK LENG CHAN (AS$3 bilion)
7. TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (AS$2 bilion)
8. TAN SRI YEOH TIONG LAY (AS$1.8 bilion)
9. TAN SRI TIONG HIEW KING (AS$1.2 bilion)
10. TAN SRI WILLIAM CHENG HENG JEM (AS$650 juta)

Saya fikir, semua mereka ini adalah terlalu sibuk untuk buat seminar (dan kutip duit) untuk memberitahu rahsia mereka menjadi jutawan supaya orang lain juga menjadi jutawan. Sangat logik. Mereka sibuk untuk menambah wang mereka supaya mereka menjadi lebih kaya. Mereka tidak ada masa untuk berceramah ke sana-sini semata-mata supaya orang lain menjadi jutawan. Melainkan ceramah itu adalah supaya mereka sendiri menjadi jutawan hasil daripada wang yang dipungut daripada bakal 'jutawan' yang datang mendengar ceramah demi ceramah, tetapi tidak ada satu produk atau servispun yang boleh dijual. Bagaimana boleh menjadi jutawan jika begitu?.

Mat Jenin tidak adaproduk untuk dijual, tetapi dia ada servis iaiatu upah panjat kelapa. Dari upah hasil servis itulah Mat Jenin kumpul duit dan beli harta dan pelaburan untuk jadi jutawan. Sayangnya dia tidak sempat turun daripada pokok kelapa.

6 comments:

  1. Terkejut Cath tengok list jutawan Malaysia.... Out of 10, 8 are chinese and I'm not one of them... Huhuhu. Camner ya nak jadi jutawan..???

    ReplyDelete
  2. Hi Cat Cat....

    Setuju dengan comment you di atas. if you want to be a Millionaire, come and I can help you to be one of Malaysian Millionaire.

    Saya dalam proses untuk kearah menjadi salah seorang jutawan terrmuda Malaysia. Dimana saya dengan team mengendalikan consultancy diatas collaboration dengan bank ternama di Malaysia.

    Unttuk menjadi jutawan hebat, jujur, betul dan dihormati ianya memerlukan 3 perkara asas (1) Focus, (2) Discipline dan (3) Teacheable. Dan you perlu besama team yang bergerak pantas kearah yang sama (Millionare Mind Group). Saya salah seorang ahlinya.

    Saya mendapat didikan asas dr Bob Proctor, Author: Thinnk & Grow Rich! bersama Napoleon Hills. Kita berlajar dari orang-orang yang sudah mencapai kejayaan dan jutaan harta dalam hidup. Ingat, harta dan kekayaan adalah "amanah" Allah. Hanya org2 terpilih berhak menerimanya.

    Dan, adalah patut sekiranya kekayaan yang dimiliki org jutawan2 ini dikongsi bersama. Sila rujuk buku " The SECRET" by Rhonda Byne. Anda akan lebih faham maksud saya. Dan they are deserve to get more riches since they shared with others. Kalau dalam bahasa biasanya - Royalty.

    Life has many option. Opt to be the best millioanre!

    Email saya: syed.fairul@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:35 PM

    sekalian...
    walaupun ada umpan..
    belum tentu ada ikan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:52 PM

    macam mana mahu jadi jutawan kalau eja millionaire pun tak betul...hahaha

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:52 AM

    Sekalian...

    Nan pekak pelepas bedil,
    nan buta pengembus lesung,
    nan bisu penggera ayam,
    nan lumpur penghuni rumah.

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:38 PM

    Inilah orang melayu...

    Bila diberi pendedahan mengenai ilmu dan sesuatu peluang yang bagus, kesilapan "ejaan" pun dijadi isu menolak terus idea yang diberikan saudara diatas..

    Saya setuju dengan maklumat yang diberikan dimana ianya mampu meberi idea dan jalan untuk sesiapa melangkah kehadapan. Berbanding dengan komentar-komentar sinis yang mungkin menyinggung sesetengah pihak.

    Jadi, jangan salahkan cikgu yang bersungguh mengajar anak murid untuk berjaa, sekiranya cikgu tersalah eja B.E.L.A.J.A.R kepada K.U.R.A.N.G_A.J.A.R. ;)

    ReplyDelete