Pages

Wednesday, October 07, 2009

KEHABISAN STOK

Maklumat daripada Kedai Buku Online PTS menunjukkan bahawa buku karangan saya "Buat Duit Dengan Foto" telah kehabisan stok.


Buku ini diterbitkan 1 April dan ia mengambil masa enam (6) bulan untuk dijual habis.
Berdasarkan ketegori PTS, buku ini adalah dalam kelas buku tidak laku kerana mengambil masa melebihi 3 bulan untuk habis. Namun bersyukur kerana buku ini pernah menduduki tempat ke-9 dalam carta 20 best sellers MPH. (Barangkali kerana stok sudah habis maka ia terkeluar daripada carta).

Kini saya cuma menunggu, bila agaknya ia akan diulang cetak.


p.s Jika ada yang ingin memilikinya, bolehlah buat pesanan terus dari saya.

4 comments:

  1. Anonymous3:00 PM

    MBA,
    dah boleh start tulis Buat Duit Dengan Foto 2 ni...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:29 AM

    patut la pengidar habis stok sbb sendiri simpan stok banyak sangat kot.

    aw1

    ReplyDelete
  3. Saya tengah tunggu travelog Jepun, tuan.InsyaAllah akan saya beli.

    ReplyDelete
  4. DEraf Travelog Jepun: senaskah sudah dihantar ke USA dan senaskah lagi ke Jpepun utk review.

    Saya juga sedang menunggu, bilakah akan diterbitkan.

    ReplyDelete