Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga
Anak Cina memasang lukah
lukah dipasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak kulupa
bagaikan rambut bersimpul mati
Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga
Pantun tuan baris akhir perlu pembaharuan
ReplyDeletekalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu surga
---
Sebenar ayat ni tak kena kerana walaupun ada orang mati dahulu TETAPI kebangkitan di akhirat nanti serentak. Hanya timbangan amal yang menentukan siapa dahulu atau kemudian untuk masuk ke surga.
Ok ... Terima Kasih!
ReplyDeletesungguh puitis lagu lama.
ReplyDeleteteringat pulak pd Arwah Nordin Ahmad.