Pages

Wednesday, October 14, 2009

AKIBAT BERTERUS TERANG


KADANG-kala berterus terang ini merbahaya. Maknanya jika kita tidak bersetuju, kita diasuh supaya berdiam diri sahaja. "Diam tanda setuju". Apatah lagi jika kita tidak bersetuju dengan guru ataupun orang yang mengajar kita. Itu dulu ...

Bulan Julai yang lepas saya dihantar ke United Kingdom untuk menghadiri kursus Pengurusan Sumber Manusia (PSM). Ilmu PSM begini banyak boleh diperolehi dalam negara kita sendiri. Sungguhpun begitu saya dihantar ke UK atas sebab-sebab lain. Barangkali sebagai hadiah kerana telah sangat lama setia menjadi pekerja (yang setia dan cemerlang. ha ha ha).

Semasa berkursus, saya banyak menyanggah pendapat guru. Saya tidak bersetuju dengan hampir keseluruhan perjalanan kursus. Saya menyuarakan pendapat saya dengan lantang, jelas dan tidak berselindung. Seluruh organisasi yang sudah 175 tahun itu tahu ketidakpuasan hati saya. Orang besar daripada London turun ke Worthing untuk bertemu dan berbincang serta meminta ulasan saya. Saya berikan sebab-sebab tidak puas hati dan beberapa cadangan penambahbaikan. Nampaknya mereka terima alasan dan cadangan yang dikemukakan. Habis di situ.

Beberapa hari selepas saya pulang, satu e-mel menyusul dan memaklumkan tentang tindakan yang telah diambil terhadap cadangan saya. Ia itu kursus tersebut telah ditiadakan. Sebagai tanda terima kasih, mereka menawarkan saya satu kursus percuma selama 2 minggu (8 hari sebenarnya)yang sama nilai harganya dengan kursus yang terdahulu, iaitu UKP1,700.

Ya .... sekarang saya sedang berkursus "certified management skills" daripada Institute of Leadership and Management, UK. Oh ya .... kursus diadakan di Malaysia yang disertai oleh para peserta antarabangsa.

4 comments:

  1. Salam.

    Rezeki berterus terang. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. MBA
    Kongsi le cadangan penambahbaikan yang bernas tu. ;-)
    wassalam,
    sabre23t =^.^=

    ReplyDelete
  3. Sabre;

    Bukanlah bernas sangat .... mereka ajar HRM dan kita terpaksa ke UK untuk HRM sekadar utk dengar teori.

    Saya kata, teori HRM boleh baca buku. Jika saya ke Jepun belajar HRM, saya nak tengok macamana HRM di Jepun. Oleh itu jika ke UK, tunjuklah kpd kami bagaimana orang UK buat HRM. Buatlah lawatan ke organisasi terpilih. Berilah demo tools yg digunakan.

    Itu saja .... dan di Malaysia sekarang orang UK bawa peserta kursus ke JPA utk tengok HRMIS di sana.

    he he he ..

    ReplyDelete
  4. wah,berjaya juga usaha tuan.tahniah.

    ReplyDelete