Pages
▼
Wednesday, September 02, 2009
MELAWAT KILANG BATIK
PELUANG berkunjung tugasan rasmi ke negari Cik Siti Wan Kembang telah membawa kami melawat sebuah kilang batik yang nun jauh di pelusuk negeri. Tempat ini hampir mustahil boleh dikunjungi jika anda bukan orang tempatan. Terlalu jauh. Jalan terlalu sempit. Sangat tersembunyi.
Mengikut kata tuan punya, batik ini dibuat (dari A hingga Z) untuk dibekalkan kepada sebuah syarikat jenama batik terkenal di tanah air kita. Entay ya, entah tidak malaslah saya hendak menyiasat. Banyak yang tidak logik. Biasanya syarikat berjenama akan mempunyai kawalan mutu yang tersendiri. Corak bukan main ikut suka pereka sahaja. Cat, berus, kain, persekir=taran , pekerja ah.... banyak lagi perkara yang perlu diambilkira.
Ini adalah satu contoh "Batik Kelantan Corak Terengganu"
No comments:
Post a Comment