Pages

Sunday, January 04, 2009

DASHBOARD


SEMENJAK saya mula berkayuh semula setelah sekian lama meninggalkannya, baru semalam saya menggunakan dashboard.

Selama ini saya hanya kayuh dan kayuh. Semua soalan di bawah di jawab dengan TIDAK TAHU
Berapa jauh kayuhan?
Berapa purata kelajuan?
Berapa kelajuan maksima?
Berkayuh dari mana ke mana dan ikut jalan mana?
Kadar denyutan jantung berapa?.

Setelah memasang cyclometer "cateye 2", kini soalan mengenai jarak dan kelajuan basikal sudah boleh dijawab. Pagi tadi kami berkayuh sejauh 23.5km. Kelajuan maksima (turun bukit) ialah 40km/jam. Wah laju tu....

Dengan menggunakan HRM Polar A1, ia menunjukkan denyutan jantung saya ke paras maksima 135 semasa menaiki bukit. Ini bermakna masih bolehlah lagi meneruskan kayuhan.

Cuba bayangkan anda memandu sebuah kereta tanpa dashboard. Apabila minyak habis, kereta akan berhenti sendiri. Bila kelajuan melebihi had limit, kita kena saman bodo saja. Begitulah seterusnya. Pendek kata dashboard banyak membantu dalam kehidupan moden pada hari ini.

Dalam kerja harian juga kita memerlukan dashboard. Apa yang kita sasarkan dihujung tahun akan menghasilkan kejutan kepada kita jika tidak ada dashboard untuk mengukur prestasi kerja secara berkala (bulanan misalnya).

Begitu juga dalam kehidupan. Dashboard adalah diperlukan dan KPI nya hendaklah berlandaskan kepada Quran dan Sunnah.

3 comments:

  1. Wah, 40km/jam tu laju tu... Dari segi "undang2 berkayuh" (katakan lah ya), dah kena saman dah ni... Haha!!!!

    ReplyDelete
  2. Cat;

    Di Putrajaya ini polis tidak jaga had laju. Lagi pula meter kelajuan pada basikal boleh diubah-ubah. Tidak ada bukti sahih mengenai kelajuannya.

    Jika diikutkan, berkayuh atas jalanpun boleh kena saman ....

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:54 AM

    Salam Encik Mat..
    Encik Mat guna dashboard tu bentuk yer macam maner yer.. Saya tak penah tengok alat tu..Mahal ker harganya?dan letak di mana??
    Basikal Encik Mat cantik la mesti harga sama motor tu hehe. Harap Encik Mat upload pic dashboard tu yer dan manualnya. Terima Kasih

    ReplyDelete