Pages

Tuesday, December 30, 2008

AKHIR TAHUN

DUA hari lagi 2008 akan berakhir. Dalam tahun 2008 ini saya melakukan beberapa perkara "pelik", iaitu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pertamanya, buku saya yang pertama telah diterbutkan pada April 2008. Ia itu sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Selepas buku tersebut diterbitkan, saya terus menulis lima (5) buah lagi buku dengan harapan dan janji ia akan diterbitkan pada tahun 2008 juga. Walau bagaimanapun dengan beralasan umum harga minak naik, buku-buku tersebut tidak keluar khabar beritanya. Kini saya ingin menyiapkan dua buah buku lagi yang saya tulis dengan separuh hati sahaja.

Keduanya saya bertemu dengan hobi baru, iaitu mengayuh basikal. Saya sudah mengayuh basikal semenjak lebih daripada 45 tahun yang lalu. Ia itu semenjak saya mula mengenal basikal. Saya juga telah mempunyai beberapa buah basikal yang kerap bertukar tangan. Kadang-kadang belum lagi puas saya mengayuhnya, pencuri telahpun mengambilnya dan saya hanya berputih mata. Semasa di UK juga, selain daripada kereta, saya juga membeli beberapa buah basikal. Kesemuanya juga telahpun bertukar milik. Kini saya memiliki sebuah Proton T-Bolt dan bersama-sama dengan kumpulan Putrajaya Easy Riders (www.kayuh.co.cc) Hobi ini menyebabkan saya telah berkayuh siang dan malam selang setiap hari.

Hari ini saya masih sakit kepala dan malam nanti saya akan berkayuh sebagai ganti kepada panadol. Oh ya... malam semalam saya menginap di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Bangkit di pagi hari, kepala saya sakit. Kemudian saya memandu selama 9 jam pulang ke KL (Kajang sebenarnya). Tiba di rumah terus tidur berbekalkan 2 biji ponstant. Dalam jam 3 pagi saya terasa segar dan sakit kepala telah hilang. Walau bagaimanapun sekitar 11am, ia datang semula dan kini masih lagi berdenyut.... Jadi tidak adalah kerja produktif yang boleh saya lakukan seharian bercuti pada hari ini.

No comments:

Post a Comment