Pages
▼
Tuesday, November 18, 2008
KAYUHAN ANGGERIK
PADA 31 Oktober yang lepas, saya tiba agak awal untuk menghadiri Putrajaya Critical Mass. Ini adalah kerana langsung dari ofis ke lokasi kayuhan. Ramai sekali bertemu rakan-rakan Proton T-Bolt. Dalam kesibukan basikalis yang ramai ini, saya didekati oleh seorang veteran yang meminta nama dan nombor telefon. Beliau memperkenalkan diri sebagai Shahrudin daripada Shah Alam. Rupa-rupanya beliau bertanya beberapa orang di situ, bertanyakan siapakah ketua kumpulan Proton. Entah bagaimana mereka menuding kepada saya, dan sayalah yang menjadi "ketua" pada anggapan En. Shahrudin. Oh ya... En. Shahrudin, kini berusian 69 tahun dan masih aktif berbasikal. Beliau adalah pemenang pingat emas sukan SEAP (kini SEA) pada tahun 1962 (sebahagian besar basikalis pada malam itu belumpun lahir lagi).
En.Shahrudin berbaju kuning
Dipendekkan cerita, beliau menghubungi saya semula untuk mengadakan mesyuarat mengenai program berbasikal. Tujuh orang "ketua" telah dikenalpasti katanya. Saya menghantar Mr.Won sebagai wakil T-Bolt. Dari mesyuarat tersebutlah munculnya Kayuhan Anggerik.
Nama: Kayuhan Anggerik
Program: Critical Mass
Tempat: Dataran Shah Alam
Tarikh: 21.11.2008 (Jumaat)
Masa: 8.30pm
Jarak kayuhan: 20-25km (alternatif 12km)
Apakah Critical Mass?. Ia adalah program kayuhan basikal di seluruh dunia. Tujuannya untuk mewujudkan bandar yang mesra basikal. Maklumat terperinci mengenai Critical Mass boleh diperolehi di sini
Jadi, bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam (berjauhan juga boleh hadir), semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama merai dan menjayakan Kayuhan Anggerik. Insyaallah saya dan kawan-kawan akan datang bagi meraikan jemputan daripada En. Shahrudin dan rakan-rakan beliau.
Setakat yang diketahui, di Malaysia sudah terdapat Critical Mass di Putrajaya, Shah Alam (21.11.08) dan Kuala Lumpur (akan datang).
Jumpa di sana!.
Dear MBA:
ReplyDeleteEncik Shahruddin itu adalah tukang baiki basikal anak-anak saya. Beliau ada kedai basikal di Seksyen 4 Shah Alam dan kerap menganjurkan kayuhan beramai-ramai hujung minggu untuk kanak-kanak sekolah sekitar Shah Alam.
Saya dan akan-anak akan join this weekend? Tak berani nak janji...
Ohh begitu rupanya...
ReplyDeleteApa nama kedai En. Sahrudin ini?.