Pages
▼
Tuesday, September 30, 2008
REKOD RAMADAN
SEMENJAK kebelakangan ini saya sering sakit kepala. Apatah lagi pada beberapa hari pertama di bulan Ramadan. Ia telah berlaku dalam empat ke lina tahun kebelakangan ini. Saya anggap ia adalah perkara biasa sahaja, kerana beberapa orang kawan lain juga mengalami fenomena yang sama. ia itu sakit kepala dalam hari-hari pertama Ramadan. ha ha ha gastrik dalam bulan Ramadan adalah trik lama beb!.
Sakit kepala ini barangkali kerana sistem badan belum adjust dengan persekitaran baru yang datang setahun sekali. Seperkara lagi jika dah rasa mula nak sakit, nak telan panadol juga tidak boleh kerana berpuasa. Itulah teori kami.
ALHAMDULILLAH. Hari ini sudah 30 Ramadhan. Satu rekod bagi saya ialah, tahun ini saya tidak sakit kepala walaupun sehari sepanjang bulan ramadan ini. Bebas sakit kepala. Alhamdulillah.
Saya juga telah memecahkan rekod peribadi dalam bulan Ramadhan ini dengan menolak semua jemputan berbuka puasa di hotel. Saya berbuka di rumah sahaja bersama keluarga. Mudah-mudahan di tahun mendatang saya akan berbuka di surau pula. Maklumlah jarak surau dengan rumah hanya beberapa langkah sahaja.
Satu lagi rekod Ramadan saya ialah, saya sekeluarga tidak pulang ke kampung pada tahun ini. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami sekeluarga beraya di Puncak Mutiara sahaja. Mana-mana pembaca yang juga tidak pulang beraya, jemputlah datang ke rumah saya pada hari pertama atau kedua. hari raya ketiga saya sudah bertugas semula.
Oops!.... ini satu lagi rekod. malam tadi saya anak beranak bersama jiran bakar lemang buatan sendiri di belakang rumah.
Bakar lemang buatan sendiri
Tak cukup rendang gunalah sardin
Selamat hari raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir batin.
Salam Menjelang Syawal,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Semoga kita bergerak ke arah takwa.