Pages

Tuesday, April 22, 2008

ARKITEK ICT



SEKIRANYA kita menghadapi masalah perundangan, sudah tentu kita jumpa peguam. Nasihat peguam (sudah tentu berbayar) boleh diterima pakai kerana mereka orang profesional. Jika kita sakit, sudah tentu kita ke klinik atau hospital dan bertemu doktor. Nasihat dan rawatan doktor kita percayai kerana mereka orang profesional. (Walaupun ada kalanya masyarakat kita lebih mempercayai bomoh - mungkin). Begitu jugalah dengan hutang-piutang dan yang berkaitan dengan kewangan, orang yang perlu dirujuk bukanlah Along, (dengan tag kami mahu tolong), tetapi para akauntan. Sebabnya mereka orang profesional.

Apa yang menjadikan doktor, peguam, arkitek, jurutera, akauntan dan seumpamanya profesional? Jawapannya ialah mereka mempunyai persatuan ikhtisas yang membela mereka. Ada akta profesion mereka.

Bagaimana pula dengan orang IT? (atau ICT?). Adakah mereka profesional?.
Jawapannya ialah TIDAK buat masa ini, sebabnya dua perkara di atas masih belum ada.

2 comments:

  1. Anonymous2:06 PM

    Walau apa pun, MBA, wa ingin mengucapkan tahniah kepada PTM kerana telah mewujudkan PAKAR. SO far, Hanya Doktor ada pakar. Jurutera, akitek, juruterbang atau akauntan tidak ada PAKAR. depa hanya ada PERSIJILAN (ACREDITATION). Program persijilan akan mengesahkan kami boleh meneruskan kerja. Kami profesional tau !!!!.

    Walaupun mereka ada Master atau PHD, mereka masih perlu mengambil persijilan seperti Projek Management Institute, Intitures of Engineers.

    Kita orang ada kuasa tandantangan, baru laku. Kita orang tak TT, kao tak boleh masuk bangunan. Punyalah GAH. Kao orang pula, kao punya projek, CLIENTS yang tandatangan, baru projek OK.

    Kau PTM senang-senang panggil PAKAR. Kao orang sepatunya buat persijilan, Seperti ICT Certification, Certificate in ICT Audit, atau Computer Info Security System Program.

    Jadi PAKAR bukan mudah beb. Ada Master dan PHD tak semesti jadi PAKAR !!!

    GOOD LUCK PTM From Engineer

    ReplyDelete
  2. Dear Engineer;

    Terima kasih atas ucapan tahniah.
    Dengar khabarnya pihak atas sudah ubah dari PAKAR kepada PERUNDING atau PAKARUNDING

    Jika ikut Doktor, Perunding adalah lebih tinggi daripada pakar. Lagi pula Jurutera memang ada "Jurutera Perunding" kan?. Agaknya nak disamakanlah di antara Jurutera Awam (dll) dengan Jurutera Sistem (PTM lah tu).

    terima kasih.

    ReplyDelete