KHABARNYA kerajaan kita akan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap hotel mempunyai paip air dalam tandasnya untuk membolehkan orang Islam bersuci. Tindakan ini [akan] dibuat setelah menerima rungutan daripada pelancong ISlam dari negara-negara Arab yang hairan, mengapa Malaysia negara Islam yang tandas hotel berbintang-bintangnya tidak mempunyai paip air untuk bersuci dan membersih diri. Walhal hotel-hotel di Jepun, Korea dan Singapura mempunyai paip air.
Apakah maksudnya daripada kennyataan di atas?.
1. Kita akan dengar jika rungutan datangnya daripada orang luar
2. Negara asing akan berbuat apa sahaja untuk kepentingan busines
3. Hotel asing akan dibina bulat-bulat ikut spesifikasi asing di negara kita, dan kita takut untuk meminta mereka mengubahnya
4. Hotel asing akan bina hotel mereka mengikut spesidikasi negara(dalam kes Jepun, Korea, Singapura) dan Hilton masih tetap Hiltin juga ...
5. Kita lebih jaga spesifikasi hotel asing berbanding keperluan penghuninya
6.
7.
* Nanti bila pelancong asing buat rungutan, mengapa hotel sepuluh bintang dalam negara Islam Malaysia menjual arak dalam premis Halal mereka, sudah pastinya kita akan gabrah. Sebabnya? Kita tidak ikut spesidikasi Islam.
[NOTA]: Saya baru balik dari Jepun dan tidak ada masalah nak basuh berak sebab jamban mereka disediakan dengan alat pembasuh berak dan kencing walaupun tidak ada paip. Airpun tidak meleleh dan tepercik merata-rata.
zino dah keheranan sejak lama dulu.. kenapa susah sangat nak di kuatkuasakan..
ReplyDeletePengalaman pertama menggunakan toilet di Yamaguchi dulu sungguh meng'kompius'kan. Tak tahu butang mana nak ditekan :).
ReplyDeleteMBA,
ReplyDeleteTak semua tandas kat Jepun mcm tu, terutamanya kalau kat eki..mcm tandas kat hotel Malaysia juga...
pengalaman zar dulu, kalau kat tandas awam memang kena bawak botol dan isi air masuk dalam toilet tapi kalau tandas hotel dan rumah, memang ada pancutan air untuk bersuci..
ReplyDeleteTapi kalau kat Malaysia.. apa alasan tak de paip air ek..