Pages

Sunday, December 09, 2007

JALUR LEBAR DI MALAYA


KINI saya adalah pengguna jalur lebar tanpa wayar Maxis. Apa boleh buat, hanya itu sahaja pilihan yang ada di rumah saya dalam kawasan eKL ini. Kawasan ini adalah kawasan super bagi Maxis Broadband dan dijamin dapat kelajuan 2MB. Wah seronoknya!. Bagi Jalur lebar Jaring, saya dapat hanya 5% perkhidmatan (hijau) dan yang selebihnya merah. Bagi TM Streamyx, yilek! tak ada signal langsung.

Namun hakikatnya kelajuan yang diperolehi hanyalah seperti dalam gambarajah. Ia ity 35k & 77K bagi muatnaik dan muatturun masing-masing. Ia adalah 10% daripada apa yang dibayar (3.5MB). Inilah hakikatnya di Malaya kita. Jika dulu saya terpaksa buat kerja di rumah jika inginkan Internet yang lebih laju dan stabil, maka kini tiada lagi. Sebabnya di pejabat ia adalah lebih teruk lagi keadaannya.

Dengar kawan-kawan dapat sehingga 400MB di negara mereka, memang tidak dapat dibayangkan langsung!. Malaya oh Malaya.

3 comments:

  1. Salam: Tahniah sudah masuk rumah baru. Teringat rungutan dua tahun lalu bila kita sama-sama masuk rumah baru. tak dapat `konek'...

    ReplyDelete
  2. Sudah 2 tahun saya transit di Saujana Impian rupanya
    Sudah 2 tahun SriDiah pindah rumah baru rupanya.

    Singkatnya waktu terasa.

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:20 PM

    MBA,
    Kita sama2 nyanyi lagu Semalam di Malaya...My Celcom broadband yg menjanji gunung tapi yg saya dapat hanya setinggi saji didapur.

    Bila hujan, my streamyx hilang disambar guruh dan petir.

    ReplyDelete