Pages

Sunday, October 14, 2007

FERI TERBAKAR: SAMANLAH JABATAN LAUT!

FERI ke Mersing terbakar hari ini. Penumpang terpaksa terjun ke laut.

Dan dan itu jugalah jurucakap Jabatan Laut memberi tahu bahawasanya feri tersebut sudah tamat lesennya pada bulan empat tahun lepas. Maknanya sudah hampir dua tahun lesen feri tersebut tamat. Salah siapa?.

Bagi saya, pengusaha feri tersebut tidak patut dipersalahkan. Dia orang berniaga. Orang berniaga sudah tentu mahu untung berlipat-lipat kali ganda. Lagipun kita berniaga di Malaysia. Sama kesnya dengan bas ekspres yang terbalik. Apa gunanya JPJ atau LPKP cepat-cepat beritahu bahawasanya bas tersebut sudah luput tarikh sah lesennya?. Pemandunya tidak ada lesen memandu?. Logik akal akan berkata, awaklah yang patut dipersalahkan kerana sudah hampir dua tahun berlalu, apa tindakan yang diambil?. Mahu tunggu terbakar dahulu baru mahu buat kenyataan akhbar bahawa feri tidak ada lesen?. Tidak logik sama sekali.

Lepas ini kita nak dengar satu surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada mereka yang berkuasa, mengapa tindakan tatatertib tidak dapat diambil kepada anda kerana membiarkan (dalam keadaan sedar dan mengetahui) feri yang tidak berlesen beroperasi mengangkut nyawa manusia selama lebih daripada setahun.

Malaysia oh Malaysia. Mengapa jadi begini?.

1 comment:

  1. Anonymous7:50 AM

    Begitulah reaksi dari pihak yg berkenaan bila berlaku kemalangan. Mereka langsung tidak mau bertanggungjawab dan asik menuding jari sesuka hati. Gaji dah naik .. tapi nape tahap kerja mereka langsung tidak berubah? Pihak atasan agensi yg terbabit elok lah ditukarkan kesabah dan sarawak sana sebagai denda atau ke JPA kerana makan gaji buta... dan satu lagi .. minta pihak BPR turut serta membuat siasatan. TQ

    ReplyDelete