Pages

Sunday, July 29, 2007

PELBAGAI CARA UNTUK HIDUP (SENANG)

SEMALAM tengok TV pasal ladang pisang. Ratus-ratus hektar ladang. Ratus-ratus ribu duit dapat. Tanam pisang bukanlah perkara pelik. Dapat duit banyak sebab tanam pisang, peliklah juga. yang paling pelik ialah penanam pisang itu ialah seorang doktor pakar. Pakar bedah otak jadi penanam pisang.

Hari ini baca pasal ladang lintah. Menternak lintah untuk sebuah kehidupan adalah pelik (bagi saya). Pendapatan hasil dari menternak lintah ini adalah lumayan. Ribu-ribu dapat wang.

alamak lintah ke tu?. Eeeiiii geli!!!

Tadi masa baca blog Halela cerita pasal belut, teringin pula nak pelihara belut. Pelihara belut banyak-bayak, lepas itu ekspot ke Jepun. Jika Jepun tidak mahu beli, kita buat promosi jom makan belut, masak stail Jepun. Apa macam?.

Tapi, macam biasalah. Bila tengok orang dah buat itu-ini, kita baru teringat, "alangkah baiknya jika aku buat perkara itu dulu?". Biasalah itu .. perkara biasa.

Hmmm.... Kalaulah tulis blog ini juga boleh buat duit, alangkah bagusnya kehidupan...

3 comments:

  1. Salam tuan rumah,
    dahlah saya geli dgn belut, tak cukup lagi letak lintah pulak...ish, ish, ish...

    Ayumi anak saya boleh buka francise kabbayaki (lintah panggang, eh...belut panggang) macam MacDonald tu. Kalau ada cadangan nak joint-venturelah.

    ReplyDelete
  2. Oh .... bagus sekali projek JV ni. Bila Ayumi tiba di Singapura?.

    ReplyDelete
  3. saya tgh in final phase utk bela belut or lintah dalam akurium
    jom kita share info

    ReplyDelete