Pages

Tuesday, July 03, 2007

IMAM ISAP ROKOK MAKMUM ISAP GANJA



SEJAK kecil kita telah diajar bahawa hisap rokok itu makruh hukumnya. Edar dan jual rokok itu kaya jadinya. Sudah besar kita diberitahu hisap dadah itu pusat serenti tempatnya. Jual dan edar dadah itu gantung sampai mati hukumnya.

Dari dulu juga lagi kita tengok cikgu hisap rokok, ustaz hisap rokok, DO hisap rokok, engineer hisap rokok dan yang paling mengesankan barangkali artis pujaan kita hisap rokok. Kawan saya yang mengadu sakit dada dan batuk-batuk pergi jumpa doktor. Doktor beri nasihat berhentilah hisap rokok. Doktor tersebut memberi nasihat sambil dia hisap rokok. Kawan saya balik rumah dengan bangganya menambah bilangan rokok setiap hari sebab dia kata doktorpun hisap rokok.

Kawan saya seorang doktor pun hisap rokok juga. Dia kata, I ni doktor, I tahulah hisap rokok tu bahaya. I hisap for social sahaja, bukan heavy smoker. Yang bahaya tu yang chain smokers.

Apa nak buat dengan orang hisap rokok?.

Tuan guru Nik Aziz kata imam masjid dan AJK masjid yang dilantik, tapi masih hisap rokok (terutamanya di tempat awam) hendaklah dicela. Kita boleh cela tok imam begini.

Lepas ini harap-harap Timbalan Menteri Pelajaran cela pulak cikgu yang hisap rokok. Tapi eh..eh... timbalan menteri hisap rokok ke?. Menteri kesihatan amat patut sekali mencela doktor yang hisap rokok. Rakyatpun boleh mencela menteri yang hisap rokok.

[jika tak silap]Celaan adalah tindakan disiplin paling ringan dalam perkhidmatan awam. Selepas itu potong gaji, gantung gaji dan buang kerja

1 comment:

  1. Huhu! Akuro sokong tu. Pemimpin lah yg harus tunjuk contoh yg baik kan?

    ReplyDelete