Pages

Thursday, June 07, 2007

TIDAK NAIK PANGKAT SEBAB DISAYANGI BOS

SAYA juga ada rakan yang tidak dapat kenaikan pangkat (atau lambat dapat kenaikan pangkat) kerana ia menjadi kesayangan bos. Felik?. Tidak!!.

Apabila seseorang menjadi kesayangan (pet) bos, bos amat harapkan dia. Bos tidak mahu dia dipindahkan keluar. Walaupun dia dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah keluar, biasanya bos jenis ini akan tahan dia. Kununnya bos akan wujudkan jawatan baru untuk dia. Sementara jawatan baru dapat diwujudkan, berzamanlah dia tidak boleh naik pangkat. Jika jawatan dapat diwujudkan, dapatlah pangkat itu untuk dia (walaupun lambat). Jika jawatan tidak dapat diwujudkan (atas apa-apa alasan), melepaslah. Paling malang lagi bila bos bersara atau kurang-kurangnya bos yang naik pangkat (atau turun?) dan dipindahkan keluar.

Sayonara.

p.s jangan berpaut di dahan rapuh.

6 comments:

  1. Anonymous8:09 AM

    bos hanya fasilitator, yang buat kerja bebudak pekjerja. biarkan pekerja mendapat kuasa dari penurunan kuasa. penurunan kuasa tanpa kuasa, habuk !!!!. Kalau pekerja yang buat, biarkan mereka membentang, memiliki dan merasai kejayaan. Kalau mereka gembira, pasti yang dok ataih sekali turut gembira. mereka pasti akan mengatakan "Pandai sianu (boss laa tu) mengetui bahagian tu !!!."

    tak gitu MBA !!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:29 AM

    en MBA termasuk dalam senarai kesayangan BOS di KKM ke?...patut ler lama kat situ

    ReplyDelete
  3. Bagi pekerja Jepun, jika tidak bertukar dalam masa 2 tahun maknanya dia tak perform.

    Saya masih belum cukup tempoh tersebut ;-)

    Lagipun ia tidak begitu bagi suasana Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:39 PM

    MBA dah beraper tahun ?
    Kalau 2, boss sayang laa tur

    Kalau melebehi 2 tahun, boss lagi sayang, nak kasi tunjuk kat boss lebih atas, supaya MBA dapat mengambil alih tugas bila boss naik pangkat ler tuh

    MBA selamat berjaya

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:17 PM

    Saya rasa MBA ni kesayangan boss. Boleh tulis bagaimana nak supaya boss sayang ?

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:31 PM

    kesian MBA, semua nama anonymous!

    ReplyDelete