Pages
▼
Thursday, May 17, 2007
JAM MELAYU
“Di Malaysia saya dengar ada istilah Jam Melayu. Boleh saudara terangkan kepada kami?”. Tiba-tiba sahaja Yamamoto meminta saya memberi penerangan mengenai apa yang dikatanya sebagai ”Jam Melayu”.
”Jam Melayu atau janji Melayu adalah satu peribahasa yang memberi makna seseorang yang berjanji, tetapi selalu datang lewat daripada waktu yang dijanjikannya”. Saya cuba memberikan penjelasan yang diminta.
”Di Indonesia ada jam karat sensei. Ia lebih hebat daripada jam Melayu”. Atas memberikan penjelasan yang tanpa diminta.
”Ha ha ha. Barangkali kerana karatnya yang tebal menyebabkan jarum jamnya lagi lambat bergerak. Sebab itulah janjinya semakin terlewat”. Gelak Yamamoto.
"kami tidak menggunakan jam untuk menentukan waktu. Kami gunakan matahari. Temujanji kami buat samada lepas Asar, lepas Isya dan sebagainya. Jika kami lewatpun ia tidak akan melampaui waktu sembahyang yang lagi satu. Kami tidak pernah mungkir janji. Lewat itu biasalah". Abdallah dari Saudi mencelah.
petikan dari buku MBA yang sedang ditulis.
Ingatkan peristiwa tersebut yang berlaku 20 tahun lalu tidak lagi diamalkan kini. Namun nampaknya ia akan menjadi dulu, kini dan selamanya.
Jika agensi terulung di Malayapun buat kerja macam itu, macamana pula nak suruh agensi tercirik lakukan yang betul?. Atau orang besar buat semuaq betul, orang kecil buat semua salah?.
Salam hormat buat saudara. Saya ada memasukkan entri tentang "waktu malaysia" didalam blog saya. Dimana saya pun tidak faham, hingga ada yang bertaraf ulamak, masih tidak mahu memngambil peringatan berhubung peringatan dari Allah dalam surah al asr.
ReplyDeletekerana "janji malayu", banyak yg susah dari senang.
ReplyDeletemba san, bila nak dtg sini. Jgn senyap sepi tetiba muncul aje.
Inai: Insyaallah 28/8 - 2/9 di Tokyo. Sambut merdeka di Puncak Mt. Fuji. NAk joint?>
ReplyDelete