Pages

Wednesday, May 09, 2007

JALAN SENDAT

dek kerana hujan yang lebat
jalanpun menjadi sendat
aku korbankan diri
bertapa di ofis
menyiapkan tugas yang
tidak pernah habis
terperap di sini
lebih elok dari
terperangkap
dalam kereta
yang pendingin hawanya
tidak lagi bekerja
tidak sanggup aku
berkorban nyawa
demi mengejar
secubit ilmu
dunia

1 comment:

  1. usahakan
    agar ilmu dunia
    jadi ilmu akhirat juga
    iaitu diberi pahala
    bila mengejarnya

    ReplyDelete