Pages

Tuesday, April 03, 2007

TOLAK (LAGI)

DULU pernah PTD nak jadi guru besar dan pengetua sekolah. Mengapa? Sebabnya kerja pengetua adalah mentadbir, bukan mengajar. Cikgu bukannya cekap mentadbir. PTD lebih cekap dalam pentadbiran. Logik bukan?.

Cikgu tolak pakatan ini dengan cara yang profesional sekali. Semua guru besar dan pengetua sekolah dimestikan masuk kelas dan mengajar sekurang-kurangnya 1 subjek seminggu. Ajarlah subjek kesihatan atau tatanegara atau apa-apa subjek yang tak ada peperiksaan.

Kemudian PTD nak masuk hospital pula, sebagai pengarah hospital. Mengapa?. Sebab pengarah hospital tidak merawat pesakit, tidak masuk wad. Pengarah hospital kerjanya mentadbir sahaja. Apa doktor buat?. Semua pengarah hospital diarahkan merawat pesakit dalam beberapa jam seminggu. Selamatlah depa.

Akhirnya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dibuka juga untuk PTD sebab kerjanya adalah mentadbir. Namun Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masih ditutup dan ditolak. Kukuhkah alasannya?. Saya rasa rapuh.

Mungkinkah kita kekurangan doktor kerana doktor tidak menjadi doktor (ambil gaji doktor) tetapi doktor jadi pentadbir. Doktor jadi programmer. Doktor jadi penganalisis komputer?.

Entahlah labu.

2 comments:

  1. Rasanya kan lebih elok, setiap bidang kerja itu dilakukan oleh orang yang betul-betul pakar dan spesifik di dalam bidangnya...

    Kalu pentadbiran, pentadbiranlah. Kalau pendidikan, pendidikanlah. Kalau teknikal, teknikallah.

    Kalau tidak begitu tak perlulah PTD itu..

    :)

    ReplyDelete
  2. setuju!.

    jika perlu jangan ditolak

    ReplyDelete