Pages

Tuesday, April 10, 2007

BERAK

ORANG Melayu memang amat sensitif dan peka terhadap berak. Mungkin anda tidak percaya. Mungkin anda marah-marah kerana menggunakan perkataan berak dan tidak buang air. Namun cuba renung-renungkan betapa pentingnya jamban kepada orang Melayu. Jangan marah kerana saya tidak menggunakan tandas, bilik air atau kamar kecil.

Seingat saya orang Melayu cukup marah apabila jamban di PWTC tidak menyediakan gayung dan baldi untuk membasuh berak. Sebaliknya satu Malaya heboh apabila jamban-jamban di PWTC memancutkan air sendiri untuk basuh berak. Orang Melayu marah-marah sebab tidak puas basuh berak dengan cara begitu. Kenapa PWTC?. Oh di situlah tempat perhimpunan terbesar orang Melayu, partai Muslim kedua besarnya di dunia. (Yang pertama di mana ya?).

Kemudian di Putrajaya. Sungutan utama di kompleks pentadbiran kerajaan serba mewah ini juga adalah pasal berak. Jamban di Putrajaya juga tidak menyediakan gayung dan baldi. Namun ia lebih baik sedikit daripada di PWTC kerana ia menyediakan paip air. Namun tidak mendapat kepuasan maksima juga berpaip.

Jika pergi ke mana-mana, rumah tumpangan, hotel, surau, masjid, atau mana-manalah keutamaan yang utama bagi orang Melayu ialah .... tempat berak ayng sempurna, salah satu daripadanya.

Apakah maksud perkataan berikut?.

- Ayam berak kapur
- Dia berakkan aku
- Kerja aku sapu tahi dia
- Dia berak merata-rata
- Makan tidur berak
- Makan free berak cangkung
- Hangat-hangat tahi ayam
- XXX tak basuh berak
- Bereak tahi hijau
- Berak tahi emas
- Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar,
- Siapa yang mau mengaku berak di tengah jalan
- Di situ makan, di situ berak
- Duduk sama tinggi, jongkok sama-sama berak.


:) Apa-apa pun kawan, aku dah banyak kali kena beraklah kat kawan aku yang sorang tu :-(

2 comments:

  1. Anonymous10:19 AM

    Bukan orang Melayu je, tahun 2004 masa saya kursus JICA, ada budak Filipina (bukan budaklah, hampir setua saya) yang tak puas hati sebab tak ada gayung di Asrama JICA. Saya cadangkan guna cawan kertas atau tarik hos mandi untuk bersuci. DIa pun kata ya tak ya juga.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:25 AM

    Apaato kami sekarang lagilah susah. Bilik mandi asing dari tandas. Jadi bila nak ke tandas, kena isi air dalam baldi dulu dan angkut ke tandas.
    Anak saya selalu akan panggil, Mummy, water. Ada masa malas, saya cakap kat dia, dah sudah tu, pergilah basuh di bilik mandi, tak perlu angkut air ke tandas. Dia tak mahu. Saya cakap, itulah cara orang dulu2 ke tandas. Dahlah jauh kena jalan pergi tandas, lepas tu kena pula jalan ke bilik air/perigi untuk membasuh. Kalau lepas berak, masa jalan nak balik rumah disapa orang, agaknya orang tu berhenti bersembang, atau dia akan kata, eh aku baru lepas berak, nak balik cuci dulu. Macam mana ya?

    ReplyDelete