DAH lebih seminggu sekolah dibuka. Dah lebih seminggu murid tahun 1 mula bersekolah. Namun rasa-rasanya banyak betul karenah menyekolahkan anak-anak di Tanah Air tercinta ini.
Tiap-tiap tahun kena isi borang yang sama. Nak bil air, nak bil api, nak salinan myKAD, nak slip gaji, nak cukai pendapatan. Cikgu nak buat apa dengan benda-benda ini semua?. Nasib baik bukan tiap-tiap tahun cikgu minta surat nikah emak-bapak!. Saya tak pernah pinjam buku sekolah untuk anak-anak saya, sebab saya tak layak dan tak mahu menipu kata pendapatan terlalu kecil walaupun anak ramai. Dah kata tak layak, maka tak layaklah. Jadi saya tulislah NAK BELI BUKU SENDIRI (TAK MAU PINJAM BUKU SEKOLAH). Itu macam punya tulispun kena disahkan dengan cukai pendapatanlah, slip gajilah. Nak beli buku sendiri dengan duit sendiripun tak boleh? Mesti yengok slip gaji?. Ayo... yo... sami, bukan saya mau pinjam la.....
Betapa perihatinnya sekolah kita kan?.
Menyekolahkan anak sendiri di negara sendiri ni kadang-kadang banyak risaunya.... Risau anak hilang dalam sekolahlah, risau anak jatuh @ cederalah, bergaduhlah, lapar tak makanlah, tertinggal baslah dan macam-macam lah lagi.....
Habis saja waktu persekolahan @ 1pm, murid-muridpun menyerbu pintu pagar. Ada yang balik naik basikal, naik bas, naik van, jalan kaki, dijemput oleh penjemput dan sebagainya. Cikgu pula buatlah kerja manusia biasa selepas jadi cikgu. Adakah cikgu kelas kenal murid dia? Kena penjaga murid dia? kenal drebar van murid dia? kenal drebar peribadi murid dia? kena penjemput murid dia?. saya rasa TIDAK.
Semasa menyengolahkan anak di negara penjajah, kerisauan ini tak muncul. Sebabnya cikgu darjah adalah manusia yang terakhir meninggalkan bilik darjah. Cikgu akan hantar anak murid dia kepada bas sekolah, kepada kereta penjaga, kereta penjemput dan sebagainya yang semuanya dikenali oleh cikgu. Jika tak kenal... minta maaf, anak tu tidak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. MENGAPA? adakah negara mereka tidak aman atau cikgu dia berdedikasi?. atau kerana faktor alam sekeliling?.
Entahlah labu.... (dulu labu kena jajah, tapi labu tak ikut jejak langkah penjajah yang baik-baik).
MBA, di Siam cikgu menunggu di pintu pagar sekolah setiap pagi dan tertunduk-tunduk sawadekap kepada murid-murid yang lalu.
ReplyDeleteTapi yelah, Mana ada orang Siam yang pandai. Anak-anak kita sahaja yang sekejap 5A sekejap 8A.
MBA
ReplyDeleteJejak lamgkah penjajah yang baik baik depa tak nak ikut, tak adventure..
Memang risau lepaskan anak anak pi sekolah. 1001 kemungkinan boleh jadi