Pages

Monday, January 08, 2007

BUNGA DI PEJABAT

SABTU lepas ada seorang rakan Jepun melawat pejabat saya. Ya, hari Sabtu bukan hari kerja dia ataupun saya. Kebetulan saya ada kelas di pejabat dan dia memang tidak boleh sewenang-wenangnya datang berziarah dari pejabat ke pejabat jika pada hari-hari kerja. (Maaflah ia berbeza sekali dengan sebahagian kecil dari rakan-rakan saya yang hari kerja umpama hari berkelah sahaja. Berduyung-duyung berlonggok sana sini. PAntang ada sales, merekalah yang terpacak dalam masa pejabat. Nak pergi makan minum (dalam waktu pejabat) mesti berjemaah, mesti cukup korum. Sembahyang Zohor... alahai jam 3 atau 3.30lah. Masa kerjalah yang paling afdhal nak ziarah kawan-kawan di pejabat lain). Cukup bab buka pekung di tumit sendiri.

Dia memang tidak terkejut melihat ofis kami yang besar, sebabnya memang dia dah jangka. Namun dia terkejut, katanya mengapa pejabat-pejabat kerajaan di Malaysia banyak dipenuhi dengan bunga-bunga dan bunga-bungaan?. Secara berseloroh saya memberitahunya bahawa jika saya dah lulus kursus seni taman Jepun ataupun ikebana, nanti ofis saya akan dipenuhi dengan ikebana atau seni taman Jepun. Kami sama-sama ketawa.

Habis tu orang Jepun letak bunga di mana?.
Kubur, jawabnya sepatah.
Honto desuka? saya cuba guna kemahiran berbahasa Jepun yang hanya tahu sepatah dua saja.

Adakah dengan adanya bunga-bungaan yang banyak ini akan meningkatkan produktiviti?.
Sebenarnya.... ia boleh membekalkan Oksigen kepada manusia. Ia bagus!.
Alahai.... ini bunga plastiklah MBA-san, bunga bunga betul!.

OKlah.... biar saya berterus terang. Bunga-bunga ini dibeli semasa Christmast shopping. Awak faham maksudnya kan?.

Ya, saya tahu apa itu Christmast shopping, tapi mengapa beli bunga?. Mengapa tak beli buku, gambar, poster, lukisan, karya seni atau barang-barang lain yang lebih bermenafaat?.
Entahlah.

Bagaiamana pula hiasan dalam pejabat-pejabat di Jepun?. Tanya saya.
Biasa saja, tetapi setiap sesuatu yang dijadikan hiasan mempunyai makna yang mendalam. Ad "roh"nya.

Ooooo begitu rupanya.

No comments:

Post a Comment