KAMI dari myJICA mempunyai lima orang warga Jepun yang ingin tinggal dengan keluarga angkat selama 2 minggu dengan keluarga Malaysia di Kuala Lumpur. Mereka akan tiba di Malaysia pada 9 Januari 2007 dan akan terus berada di Malaysia selama dua tahun. Pada bulan pertama mereka di sini adalah merupakan masa orientasi dan perlu tinggal di rumah keluarga angkat selama 2 minggu dan alam proses mempelajari bahasa Malaysia.
Mereka terdiri daripada 4 gadis berusia 29 tahun dan seorang jejaka 36 tahun dan bekerja sebagai Social Worker, Environmental Education, Rural Community Development dan
Special Education. Mereka akan menjadi sukarelawan JICA di serata Malaysia setelah tamatsebulan orientasi.
Sesiapa yang berminat nak ambil mana-mana seorang daripada mereka, sila hubungi saya. Ia akan bermula dari 15 - 26 JAnuari 2007 dan bayaran sebanyak RM50 sehari akan kami buat. Satu lagi syarat ialah, rumah keluarga angkat harus dalam lingkungan 1 jam perjalanan dengan pengangkutan awam ke pejabat JICA di Menara Citibank, Jalan Ampang (Stesen LRT Ampang Park).
Ah! Kami tidak layak... sebab kami tinggal di Janda Baik!
ReplyDeleteAnak angkat je? Abg angkat, boleh..?
ReplyDeleteHa ha. Gurau je ; )
berhajat jugak.. tapi kalau kami pi kerja anak angkat ni buat apa kat rumah ek?
ReplyDeletePn. Ainon: Tiada rotan akar berguna: Kelayakan boleh diubahsuai.
ReplyDeleteareyoung: BOLEH!
zareda: Masa mak-abah gi kerja, anak angkat tu juga pi kerja (JICA Office). Dia cuma ada kar rumah Sabtu-Ahad jer.
Alamak! Saya pun tak layak, tinggal nun jauh di utara Semananjung dekat Changlun Kedah...kalau nak singgah rumah bila para Nihonjin keluar makan angin silakanlah..saya suka betuk dengan perangai remaja Jepun, yang biasa saya jumpa semuanya cukup sopan.
ReplyDeletetuan rastom: Mungkin lain kali kita boleh adakan homestay kat Changlun pulak.
ReplyDeletetuan, (mohon sidetracking)
ReplyDeletehujung bulan ni, british-malay teenagers akan dok kampung kat rembau for a week in a youth exchange programme. next year, kami sini pulak host malay teenagers.