Pages

Monday, November 20, 2006

WOKSYOP KIMONO

Artikel Ini Akan Tetap Di sini Sehingga 21.11. Entri baru ada di Bawah
SATU bengkel/worksyop mengenai kimono akan diadakan seperti berikut. Ia adalah terbuka kepada semua:-

Tarikh: 25 November 2006 (Sabtu)
Masa: 2:45pm - 5:30pm
Tempat: Bilik Tatami, Japan Foundation, Tingkat 30, Menara Citibank, Jln Ampang, KL
Pengajar: Ms. Nakatogawa Shizuko
(Tukang jahit kimono dari Jepun dan sekarang mengajarnya untuk orang Jepun di Japan Club, KL).
Penganjur: myJICA

Bayaran: Bayaran bengkel adalah PERCUMA, namun myJICA akan kutip RM10 sebagai pengeras @ tanda jadi (akan dipulangkan semula dalam bentuk cenderamata)

* Pada sebelah malamnya (mulai 7:30pm), myJICA akan menganjurkan majlis makan malam dengan tema pertemuan budaya Jepun-Malaysia. Peserta yang ingin memperagakan pakaian kimono pada malam tersebut akan dapat mengadiri jamuan makan malam tersebut secara percuma.

** Bagi peserta yang telah mempunyai kimono/yukata, boleh bawa & guna kimono sendiri. Bagi pesrta yang tidak mempunyai kimono/yukata, myJICA ada menyewa 30 pasang dari Kedutaan Jepun bagi tujuan bengkel & makan malam. Bayarannya cuma harga untuk dry cleaning sahaja.

Semua pembaca adalah dijemput hadir: Sila e-mel ke mba4ever@gmail.com atau SMS 019-2832813 (Zalinda), 019-2274624 (Yati)


*** Taukeh dry cleaning juga boleh hubungi saya ... ;-)

8 comments:

  1. 1. Zareda
    2. Bunga Rampai
    3. Madu Lebah
    4. Rudy Bluehikari

    Yang dah menyatakan kesanggupan nak turut serta, silalah confirm kehadiran anda.

    ReplyDelete
  2. Oh saya akan datang dan semestinya pakai Yukata made from Tokyo hari tu. En. Abang pun nak join. Confirm!

    ReplyDelete
  3. indeed, memang kebanyakan filem tidak dapat menandingi novelnya. faktor utama ialah masa... filem singkat masanya, paling lama pun 2.5 jam. tu pun menonton dah tak larat. jadi scriptwriter kena cantas sana sini dan buat byk olahan semula.

    currently, my daughter is shooting for the 'Northern Lights' film, based on a novel of the same title. Ni cerita kanak2 of Harry Potter's genre la jugak. I've read the novel (terpaksa, pasal nak tahu cerita since she's doing it) and am sure the film tak akan sehebat itu.

    also, see my comment in the previous posting...

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:27 PM

    Pagi tadi tak perasan, ni baru sedar. Samada ada silap kat PC I atau u tersilap tarikh. Rasanya hari ni 13 November 2006.

    Mengenai, wayang dan novel, seperti buku Dan Brown, 'Da Vinci Code', memang lebih seronok membaca. Wayangnya amat menghampakan dan menghabiskan duit.

    ReplyDelete
  5. sayangzzzz;

    saya ada 2 pilihan:-

    1. Letak tarikh semalam dan tidak buat sebarang entru sehingga 21.11 atau
    2. Letak tarikh 21.11 dan saya bebas masukkan entri baru (jika ada)

    Ia adalah untuk mempastikan iklan "komono workshop' tersebut sentiasa di atas sehingga tarikh tutup (21.11.06)

    he he

    ReplyDelete
  6. tu la... sampai saya letak comment on wrong posting :)

    ReplyDelete
  7. mba, mase workshop tu pakai baju biasa atau terus pakai yukata?

    ReplyDelete
  8. Zar;

    Jika terus pakai Yukata masa dtg workshop lagi hebat.... tetapi memadai dgn pakai pakain biasa (t-shirt kat dlm) dan pemakaian yukata akan diajar teori/praktikal semasa workshop.

    Lepas tu terus pergi diner dgn pakaian tu... Bawa husband sekali.

    ReplyDelete