Setengah daripada anda tahu forward e-mel. Setengah lagi memang tidak tahu. Setengah di sini bererti 50%. Itulah yang dinamakan sebagai setengah masak, atau orang cerdik yang bodoh, orang celik yang buta.
Bagi manusia yang tak tahu forward e-mel, maka kemungkinan besar penerima-penerimanya akan lebih senang diserang virus atau mel sampah (junk mel). Sebabnya mudah, segala macam mak nenek dalam mel yang diterima akan diforward kepada orang lain. Ini termasuklah alamat e-mel orang lain. Dari situlah virus dan agen-agennya dengan senangnya menyerang. Lagi pula, mesej yang hendak disampaikan hanyalah sebaris sahaja, akan tetapi e-melnya boleh mencecah 1MB disebabkan panjangnya sampah yang disertakan. Itu membazir namanya. Orang yang suka membazir tu sedara syaitan.
Bagaimana forward mel?.
1. DELETE perkara-perkara yang tak perlu seperti alamat mel orang lain, disclaimer orang lain dan yang seerti dengannya.
2. Jika hantar mel begini kepada ramai orang, jangan gunakan TO: atau CC:, sebaliknya guna BCC. Ia akan membantu mengurangkan sampah bila tiba kepada orang bodoh yang belum khatam cara-cara nak forward mel.
Sekian. Saya benci orang macam ni dan mel mereka masuk dalam filter spam saya sahaja.
Saya mmg geram pasal manusia setengah masak ni..
ReplyDeletetak sangka zaman e-mel ni dah lebih 10 tahun..ramai lagi manusia setengah masak.. tak reti cara forward e-mel.. dia ingat dia dah cukup terror dpt forward e-mel kat org lain.. hakikatnya..menunjukkan kejahilan dia...