Pages

Sunday, July 23, 2006

BUKIT GASING - KEPALA BERPUSING


peluh mengalir
di puncak bukit gasing
rerama terbang


SESI latihan hari ini adalah di antara yang paling meriah. Erna sediakan 20 helai kemeja-t berjenama Ashworth, sudah tentu dengan cop Cisco. Harga pasaran ialah RM150 sehelai. Hanya 4 helai sahaja berbaki. Sehelai untuk Siti Rusni di KK. Maknanya 3 sahaja yang tidak datang. Kebetulan hari ini Erna melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Kami semua hantar wakil dan ucapan terima kasih dan selamat pengantin baru melalui Azam sajalah. Yang lain dah pamcit semuanya.

Ismalia pula bawakan topi IDIS dan yang paling power ialah power bar sebagai pemberi tenaga sepanjang pendakian latihan. Terima kasih daun keladi.

Sesi hari ini tidaklah teruk sangat. Semuanya lulus ujian. Namun ia cuma satu per sepuluh sahaja daripada sesi sebenarnya. Fuh.... jauh lagi perjalanan tuu.... Macam biasalah, ada yang laju, sayup meninggalkan kengkawan, ada yang slow, terlalu slow dan pamcit, namun semuanya berjaya.

Hasil dari sesi hari ini, pihak penganjur telah buat keputusan untuk bahagikan kumpulan ini kepada dua, iaitu A-Team dan B-Team. Team kecil ini mudah sikit untuk dikawal.



Ini foto Sri Diah dalam sesi yang lepas. Foto pelbagai kerenah & muka letih sesi ini akan diupload kemudian hari.

nota: Minggu depan (Ahad) taklimat akhir beserta dengan pemberian windbreaker dan backpack oleh JAL akan diadakan di Taman Tasik, KL 8am.

2 comments:

  1. Waduh bos... sorry tak dapat hadir sesi Bukit Gasing, PJ semalam. Hari ini saya di Pengkalan Chepa. Penat weh... Next week di Taman Tasik (Taman tasik mana? Taman Tasik Permaisuri? Taman Tasik TTWangsa? Taman Tasik Perdana?)saya MESTI akan hadir. Janji 99.9 % ni. Pasport saya kat sapa...

    ReplyDelete
  2. Sri;

    Next week di Taman Tasik Perdana. Tiada latihan, cuma briefing & penyerahan backpack & windbreaker dari JAL.

    Yr. paspoto dgn Azhar.

    ReplyDelete