SEBIJI BOLA SEGELAS CARLSBERG
SEMPENA dengan kegilaan bola piala dunia sekarang, jika diperhatikan iklan carlsberg sudah berada di mana-mana. Penaja utama sebuah pasukan bola ini nampaknya telah berjaya menyelitkan jenama dan produknya jauh lebih hebat dari pasukan yang ditajanya.Kita boleh lihat warna hijau di mana-mana dan di situ ada carlsberg. Perasan tak? Memang tak ramai yang nampak, sebab ramai yang gila. Ya anda yang tak nampak ialah orang gila, memang gila bola adalah satu daripada jenis gila. Wabak gila ini setakat ini melanda 4 tahun sekali dan belum ada vaksin penawarnya.
Dengar ceritanya, seluruh kabinet malaya telah dilanda oleh penyakit ini. Soalan paling afdal untuk ditanya kini tidak lain tidak bukan selain pasukan mana yang akan jadi juara.
gila... gila.
Seorang ulamak pernah berkata, Yahudi campak sebiji bola dalam stadium, 100 ribu umat Islam terpesong akidah. Apa tidaknya, perlawanan jam 7.30, jam 4 dah penuh stadium. Mana Asar, mana Maghrib?. Hanya kerana sebiji bola.
Namun ulamak tersebut mungkin terlupa, bahawasanya, orang gila tidak diwajibkan sembahyang. Ya, jika anda gila, fardhu sembahyang tidak diwajibkan ke atas anda.
Gila bola.
Bang,
ReplyDeleteKekadang kalau dah kena wabak gila bola ini, sesetengah orang makan minum pun ditinggalkan... Asyik-asyik menadap aje depan TV...
Bola... bola....
rumah wa belum kena demam bola coz' tivi yang satu tu belum dibaikpulih lagi
ReplyDeletePasal bola 1 biji pun kadang2 boleh gaduh suami-isteri. Memang gila!
ReplyDeletesetiap 4 tahun semakin ramai orang GILA.. produktiviti bulan 6/7 ni pasti merudum..
ReplyDeleteMBA,
ReplyDeleteMengikut kata seorang yg gila,dia kata sebenarnya dia tak gila,tapi kita semua yg gila.
Mungkin ada kebenaran katanya...
Ada gila bola,
ada gila blog,
ada gila pda,
ada gila gps,
macam-macam ada...