Pages

Thursday, April 06, 2006

MAKAN MALAM BERSAMA PAK DUTA

MALAM tadi kami dijemput hadir ke kediaman pak duta untuk makan malam bersamanya. Bagi saya, ini adalah kali pertama hadir ke majlis sepertinya. Pak duta juga katanya tidak pernah 'membuka' rumahnya, kecuali untuk sahabat handai terdekat dan orang dari negaranya sahaja. Diberitakan juga inilah kali pertama dalam sejarah bahawa pak duta terpaksa 'beralah' dengan tetamu. Kami dijemput hadir pada jam 7:30pm. Sayalah orang pertama menolak pelawaan tersebut dan diikuti dengan beberapa orang lain lagi. Saya katakan kepada pegawai yang menjemput, jika A**** jemputpun saya tolak, apatah lagi pak duta. Akhirnya jemputan dipinda ke jam delapan malam. Lepas solat di menara tabung haji, kami bertolaklah ke rumah beliau dan sampai agak 'awal' juga.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan kata-kata pujian, selamat datang, ucap-ucapan dan akhirnya "kampai" sebelum makan. Majlis ini tak ubah seperti jamuan makan koktel di negara pak duta sendiri. Yang berbezanya hanya dari segi menu sahaja. Kami dihidangkan dengan makanan Malaysia, dan bukannya makanan dari negara pak duta.

Kampai utk pak duta!.

2 comments:

  1. mba, zar pun dapat emel jemputan ke rumah pak duta ni tapi zar pi kursus so dapat lambat tak sempat nak reply.

    Mba, cam ne kelas masakan jepun tu, puspanita kami dah sedia untuk terima ryoori sensei nak ngajar memasak..

    ReplyDelete
  2. Zar;

    Boleh diuruskan.

    ReplyDelete