Pages
▼
Tuesday, October 11, 2005
KONFIUS: PEMIKIR ATAU PELAKSANA
Bolehkah sesiapa beritahu dengan tepat siapakah yang membina bangunan ini?.
Ya siapa dia agaknya yang boleh menuntut bahawa menara berkembar ini mereka yang bina?.
arkitek atau jurutera atau juruukur bahan atau politikus atau tuan tanah atau boroh kontrak atau siapa?.
mba dah mula konfius......
mba adalah seorang pembacuh simen bagi projek ini dan telah membacuh berkoyan-koyan simen di sini. mba bangga jadi pembacuh simen dan bangga hasil kerja tangan ini telah tersergam indah menara ini. Jadi mba pun adalah saham dalam pembinaan bangunan ini. Namun bolehkah mba katakan yang bangunan ini mbalah yang bina?.
kini mba telahpun dinaikkan pangkat dan tidak lagi dibenarkan untuk membaancuh simen. Tugas mba sekarang ialah berfikir dan memikir mengenai soal bancuh simen ini. mba kena fikir macamana bancuh simen cara moden, macamana nak buat campuran simen yang lagi kuat tapi murah, kena fikir macam-macam fasal simen. Ya setakat fikir saja. Oleh kerana orang bawahan mba tidak ada yang semahir mba membancuh simen, maka bila mba fikir sejuta kalipun, simen yang dibancuh tetap juga tidak begitu memuaskan. Lantas sekali-sekala mba kena bancuh sendiri simen tersebut. Jika setakat nak fikir sahaja, kuasa fikir gagal untuk membancuh simen-simen tersebut.
ahhhh..... mba konfius lagi, samada nak jadi ahli fikir atau pembacuh simen.
No comments:
Post a Comment