Pages

Sunday, October 02, 2005

COLA: MENGAPA TINGGAL DI KUARTERS TAK DAPAT?

PADA masa ini, agaknya ramai (atau banyak?) rakyat Malaysia yang sedang bergumbira kerana bajet 2006 telah melegakan mereka. Sekurang-kurangnya seorang dah confirm tengah happy sangat ni sebab dia dapat COLA dan juga Elaun Khidmat Awam (EKA) yang dinaikkan. Hmmmm.... tapi MBA dapat RM8000 pelepasan income tax sebab ada dua anak kat IPTA.

Berbalik kepada COLA, ini dialog rekaan yang mungkin akan kedengaran esok:-

A: Tak adil... tak adil.... mengapa staf yuang tinggal di kuarters tak dapat COLA?

B: Memanglah.... sebab COLA kan bermaksud Cost Of Living Allowance. So dah dapat dok kuarters cukuplah tu.

A: Apa engkau ingat Cost of Living tu sewa rumah saja ke?. Orang dok kuarters tak makan ke?. Tak bayar api air ke?. Kereta tak pakai minyak ke?.

B: Ala... kuarters dekat jer. Naik basikalpun boleh. Dok kuarters tak mana perlu bayar tol. Dok kuarters tak perlu makan kat kafetaria yang mahal ni, ko boleh balik rumah masa lunch time. Pendek kata RM150 duit COLA tu cuma utk bayar tol saja bagi yang tak dapat tinggal kat kuarters.

sekian.

No comments:

Post a Comment